Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, February 12, 2014

WW: Resepi Ayam Masak Bertiram

Assalamualaikum..


Selamat berhari WW.. kononnya kan.. tapi tak tahan gak.. mesti nak berceloteh sket kat sini, itu adalah perkara wajib untuk blogger kan.. hmmm bizi setelah bercuti selama 10 hari sempena CNY baru2 ni.. kat rumah pula tinggal berdua je ngan fiyya.. yang lain al-maklumlah.. bizi kat sekolah.. sebab skrg ni sekolah rata2nya dok buat latihan sukan.. bulan March nanti diorang akan adakan sukan tahunan.. Sakinah tahun ni mengambil bahagian dalam Kawad Kadet Polis, Hakimi pula belum tahu ada masuk acara apa.. So Haikal dan Fiyya awal2 kena tinggal kat rumah BS sebelum Haikal akan berangkat ke sekolah sesi petang.. takkan nak tinggalkan Haikal sorang2 kan.. kesian dia.. kecil lagi budak tu.. baru 7 tahun.. entah nanti lupa kunci pintu ke.. tutup plug TV ke.. kipas ke.. sebagai tindakan berjaga2 dan berwaspada... wajib amik pemantauan sebelum perkara2 yang tidak di ingini berlaku.. betul tak?


Jom... seawal awal pagi tadi dah goreng bihun untuk bekal anak2 sebelum latihan sukan.. diorang akan terus kat sekolah dari 7am sampai 7pm ni baru balik.. tapi sakinah sedikit awal sebab sesi persekolahan nya pagi.. dan latihan sukan waktu petangnya akan habis dalam pukul 5pm... aku bekal kan sorang 1 polisterin bihun untuk diorang.. kesian kan kalau anak2 kurang makan.. entah cukup ke duit yang kita bagi.. entah cukup masa ke nak beratur? alaaaaa... memang la kita ibu ni kan.. selalu gelisah je fikirkan anak2.. tak kesah la anak kita besar atau yang kecil sekecil baby.. tapi naluri ibu kan.. aku percaya korang pun sama... sedikit sebanyak mesti tertanya2.. anak kita makan apa? buat apa? minum ke? cukup makan ke? hmmmm.. lagi2 dengan keadaan cuaca sekarang yang sangat panas.. di mana Malaysia akan tidak mengalami hujan selama lebih kurang 1 bulan lagi.. so bayangkan betapa kering kontang nya nanti.. dengan itu kita pun nak jaga kesihatan anak kita supaya tak sakit.. dan cukup air kan.. rata2 hutan waktu aku lalu pagi tadi, ada yang sudah mengalami sedikit kebakaran.. so sangat2 lah kena berwaspada dengan keadaan cuaca di Penghujung Angin Monsun Timur Laut ni.. kan... ok.. jom tengok resepi seperti tajuk di atas.. 




Ayam Masak Bertiram



Resepi : AYAM MASAK BERTIRAM

Bahan2nya:-

1 ekor ayam di bersih dan gaul garam & kunyit dan di goreng (ketepikan)

1 Labu bawang besar hiris tebal
5 Ulas bawang putih hiris nipis
3 Biji kentang di kupas, di potong dan rebus (ketepikan)
3 Sudu besar kicap lemak manis
3 Sudu besar Sos tiram 
2 Biji Cili Hidup di hiris tebal
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:-

1-   Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar
2-   Bila kuali dah panas, tumiskan bawang besar sampai layu, kemudian masukkan bawang putih, bila dah keluar bau masukkan cili hidup yang di hiris tebal.. kacau sedikit.
3-   Masukkan sos tiram, kemudian kicap pekat, gaul sebati dan masukkan kentang.. 
4-   Masukkan ayam yang sudah di goreng dan gaul sebati.
5-   (Tidak menggunakan garam sebab sos tiram dan kicap sudah memadai untuk perasa) - (di samping itu ayam yang terlebih dahulu di gaul bersama garam dan kunyit tadi sebelum di goreng)
6-   Bila dan cukup masak dan rasa yang TERbaik.. tutup api dan boleh la di hidang.
7-   Sila lah makan bersama nasi panas.. sure terangkat beb... :) hehehe.. cubalah.. 



P/S: terima kasih atas semua doa2 murah rezeki oleh kawan2 yang berkunjung ke sini pada entry " dia datang lagi" aminnnnnn ya robbal alamin.. 

9 comments:

  1. dapnye. boleh try hihi
    sokmo cakap nak try
    buatnya tak jugak
    femalas hihi

    ReplyDelete
  2. Salam nani,
    baru dpt berkunjung..nak dara kecik kena selsema dari smalam.jangkit ngan siabang..abang dah ok dah dari smalam..nie tengah tido, sian dia hidung berair..
    oh nanti sebulan yer tak hujan kat malaysia..mak aaii panas kontanglah gitu..kat sini wpun panas siangnya,sebelah petang tuh hujan jugak..mlm sejuk..
    sedapnya ayam masak tiram..sy belum pernah buat lagi..nampak senang tuh..inshaallah lenkali leh pelbagaikan masakan ayam kan..

    ReplyDelete
  3. Walau sana-sini panas dan kering kontang tapi idea nak masak tak pernah kontang Nani. Kalau tak mana mungkin ada aje makanan sedap terhidang. Kalau kakak dapat seketul jadilah:)

    ReplyDelete
  4. mmg cuaca skrg pns kan..
    moga2 trn la nnti hujan..ameen

    sy mmg suka taruk sos tiram
    kalau buat grg kicap..
    nk buat lah nnti..

    ReplyDelete
  5. Senang jgk bg bawak bekal dalam polistrene je. Takyah bawak balik basuh. Kalau tertinggal pun takde hal. Bijak2.

    ReplyDelete
  6. singgah malam.
    saya mati mati ingat akak cmpur dgn tiram. hihi.
    rupanya sos tiram. tipah tertipu..

    kak, tadi area rumah saya hujan sekejap ptg dl. jam lima lebih cam tu kot.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)