Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, July 04, 2013

Masak Rendang Kerisik Hati Lembu...


Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis semua... hari ni aku last day.. (for this week) :P bukan last day keje company ni.. aisshhh takkan kena baling dengan bom semalam dah nak berhenti kan... i'm okey... still good mood okey.. :) ye la.. sebenarnya ni bukan kali pertama kena baling bom ni.. dah banyak kali kena tembak.. kena bom.. cuma masih kuat.. blom mati je.. hahahaha.. kadang2 hati je takde... tapi kerana nak mencari pendapatan sendiri, aku tak kesah la.. tak nak peduli lah ngan perangai dia... kalau aku peduli dah lama tarik diri kan.. tak leh la nak tahan 8 tahun kat sini.. betul tak? 

Esok aku ambil cuti untuk bawa safiyya gi Hospital Serdang, appoitment safiyya dengan pakar kanak-kanak kat sana berkenaan thalasemia dia.. petangnya pula aku nak bawa safiyya dan sakinah of coz bawa haikal skali.. sbb nak gi KL tunggu kak yong aku datang dari Taiping dekat Jalan Duta, lepas tu nak bawa dia gi beli baju and kain dekat Jakel kat Masjid India. So 

Oleh kerana semalam dah takde hati... berkecai sudah... hari ni aku nak tempek masakan ni.. Jom layan gambar and kemudia kongsi sikit resepi kat bawah.. :) jom jom jom..


Resepi: Rendang Kerisik Hati Lembu














Bahan2nya:-

5 Ketul kecil hati lembu (di cuci bersih dan di rebus.)
3 Ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 labu bawang besar (tumbuk halus)
2 Tangkai daun kari
1 Bungkus serbuk rempah rendang (aku guna cap O)
3 Sudu kerisik
1/2 cawan santan pekat
Garam & gula untuk perasa


Cara2nya:-

1- Panaskan kuali, masukkan minyak masak sedikit untuk menumis, tumis bawang putih & bawang besar merah sampai wangi, masukkan daun kari.

2-  Masukkan serbuk rempah rendang ( di gaul dengan sedikit air supaya menjadi paste) kacau rata dan perlahankan api, biar naik minyak sedikit, masukkan kerisik dan gaul sebati.

3-  Bila dan naik minyak dan sebati, masukkan hati lembu yg dah di rebus dan gaul rata.. supaya rempah sebati ke dalam hati.. 

4-  Agak-agak dah menidih dah sebati, masukkan santan gaul rata. kemudian masukkan garam dan gula.. secukup rasa.

5-  Bila secukup rasa.. tutup api dan boleh di hidang.. selamat mencuba.. :) 



Sebenarnya masakan di atas ni atas permintaan mr mama... dia sorang je makan hati kat rumah... aku makan hati kat ofis je... :) hehehe


11 comments:

  1. kuar plak jj tu...abaikan..tertaip....guna tab...pyah skit nak bw...hehe....

    ReplyDelete
  2. Rajinnya masak 5 ketul je rendang. Tapi hati lembu ni... memang tak makan banyak kan?

    Fiyya ada talasemia ke? Atau baru suspected?

    ReplyDelete
  3. wah.. deko masakan tuh maveles la.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Pergh....plating yg memang terus terasa nak makan Jas hehe

    ReplyDelete
  5. menyampah tgk gambaq ni..trus lapaq nasikkk!!!

    ReplyDelete
  6. ain boleh kawan ngan mr mama ni, ain suka sangat makan hati...tapi tak suka makan hati yang satu lagi tuh...huh...

    akak bikin kami semua lapar la...owh tidak...by the way, cantik deco utk lauk tu,..hahaha,..nak masuk masterchep ke...

    ReplyDelete
  7. teringat kat arwah abah...suka sangat makan hati lembu...
    perrgh...sedapnya

    ReplyDelete
  8. Biasa kalau check Fiyya apa yg doktor buat Nani? Kakak rasa kesian sangatlah sebab dia masih kecik sangat. Kalau kena ambil darah bagai itu yg kakak ngeri. Moga Nani dan keluarga tak putus asa utk terus berusaha sembuhkan Fiyya.

    ReplyDelete
  9. sedapnyer.. KA tgh makan hati kat ofis ni juga hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)