Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, May 22, 2012

Kejadian Kari Kepala Tenggiri...



Assalamualaikum... 

Pagi ni berlaku sebuah cerita sedih.. cerita yang sangat sayu.. sepanjang perjalan nak datang ofis tadi, mmg terasa nak menangis.. tapi menangis dalam hati je la.. sbb masih memikirkan kewarasan diri.. di samping alunan lagu di corong radio.. Lawak2 KE & SY pun dah tak masuk dalam telinga aku.. sbb masih memikirkan kisah yang terlalu sedey tu... hmmmm.. ape pun aku nk tulis gak kat sini.. semoga bila anak2 aku dah besar, diorang bleh la kaji selidik perangai dan kelakuan mak depa dalam ni kan... 
Gambar Hiasan : Haikal 5 yrs

Hari ni subuh2 lagi aku dah kejutkan haikal.. biasanya haikal bangun tido kul 7.30am, sbb aku masuk keje lewat, so aku akan siapkan haikal hantar gi kinder kul 8am.. so cukup lah time tu.. tak awal dan tak lewat.. lepas hantar haikal aku akan ke tempat keje.. ngam2 soi aku sampai ofis skrg.. kul 8.40am.. kira punch TUMB aku sentiasa ok punya lah waktu2 sekolah ni.. klu time cuti sekolah  plak, paham2 je la.. so hari ni kejut kan haikal 1 jam awal.. sbb en.asben dah kuar gi keje kul 6am.. dia keje jauh hari ni.. so awal lah dia kena kuar.. aku kena amik alih tugas antar anak dara & anak teruna aku ke skolah.. haikal pun bangun lah tido.. berbekalkan susu sebotol dia minum dalam kete sambil2 hirup udara segar di pagi hari.. 

Balik je dari sekolah anak dara & anak teruna, aku parking terus ngam2 depan tangga.. sbb lebih kurang kul 8am dah nak kuar kan.. haikal mintak di dokongkan.. aku tak nak.. aku soh dia naik sendiri.. sbb aku ngan baju kelawar lagi.. nak mendokong lagi.. >>alasan<< padahal tak larat nk bawa diri sendiri.. so haikal pun aku pimpim je naik atas sendiri.. sampai rumah sempat haikal layan Hi5 rancangan ntv7 pepagi.. sbb mmg itu rancangan feveret dia.. sesambil tu dia mandi dlm bilik air sorang2... aku masak apa yg patut kat dapur tu.. 
Dah siap haikal aku turn aku pulak bersiap nk bersolek.. dah 5 minit sblm kul 8am.. haikal cakap dia nak makan nasi,, nasi lauk kuah kari yg aku wat smlm.. aku kata tak sempat.. so aku bekalkan kat haikal nasi + kuah kari ngan kicap kesukaan haikal + telo mata sebijik.. so haikal bley makan kat sekolah kan.. 

Sampai simpang nk masuk kinder haikal... ada pakcik feveret haikal jual.. karipap kentang yg mmg menjadi sarapan haikal setiap pagi.. so  singgah la beli karipap plak.. 3 bijik utk haikal.. sampai je kinder cam biasa haikal akan turun dari kereta and tutup pintu kete sendiri dan berjalan sendiri masuk dlm kinder.. tapi oleh kerana kedua2 tangan haikal ada bekal.. jadi haikal agak slow tutup pintu kete.. jadinya pintu kete tak rapat lah.. haikal buka skali lagi pintu kete.. haikal tutup lagi.. tetap tak rapat.. aku dari dlm kete ni, niat hati nk tolong tutupkan pintu kete tu utk haikal.. sekuat hati aku tarik.. ya allah.. tak sedar yang haikal letak jari kat pintu tu.. tapi mula2 mmg aku masih tak sedar.. aku masih tunggu haikal masuk kinder.. tapi tak juga nampak kelibat haikal beralih dari pintu kete tu.. haikal dongakkan kepalanya ke cermin.. haikal panggil aku dengan melambaikan tangan sebelah lagi.. aku pun buka pintu kete, haikal hulurkan jari nya yang terkepit.. ya allah.. kesiannya.. kulitnya sedikit terkopek kerana terkepit kat pintu kete.. air mata haikal dah mula bertakung.. aku pun terus turun dari kereta utk memelok haikal.. kesian haikal.. tak puas2 aku meniup jari haikal.. sambil aku lap air mata haikal.. haikal menangis tapi tak bunyik langsung.. sbb kejadian berlaku betul2 depan kinder... haikal malu dengan kawan2nya.. so air mata haikal terus mengalir.. aku terus meniup.. lepas tu aku pelok haikal kuat2.. dlm hati fikir mcm nak balik rumah terus.. sbb jari anak terkepit pintu kete.. tapi gagahkan juga kuatkan hati ni.. aku terus ke pintu kinder, tunjukkan jari haikal pada teachernye.. so teacher ckp jap lagi dia letak minyak.. nasib baik ada minyak boleh letak.. kurang2 jari haikal akan cepat baik nanti.. 

Sepanjang perjalan tadi dtg ke ofis, aku mmg sangat sedey.. aku terkilan sbb mcm2 haikal lalui pagi ni.. mintak dokongkan dia aku tak nak.. mintak nasi aku soh makan kat kinder... terkilan sangat.. mama mintak maaf haikal... insyaALLAH mama akan lebih berhati2 lepas ni.. sayangggg haikal sangat2.. :(




Ni la kari kepala ikan yg aku wat.. haikal suka sangat makan kuah kari ni + nasi + kicap.. malam tadi haikal makan sampai 3 pinggan.. hari ni pun haikal mintak nasi 'semalam' (mcm semalam dia makan), so aku bekalkan haikal utk dia makan kat sekolah.. 

Petang ni mama balik bawa haikal singgah pasar malam k.. haikal jangan marah mama tau..  


Terima kasih pada pengomen di ruangan KEK BUTTER ALMOND.
>> AzatieSayang
>> Norhidana
>> Mama Mya
>> Ekinashikin
>> Asmara
>> Mama Sara Nur
>> Mamasya

10 comments:

  1. salam Nani..sedihnya rasa hati.Mmg bila dah berlaku pekara mcm tu..kita rasa trkilan sgt..nape la kita bersikap camtu kan?
    Pasni..mama kena prihatin sikit ngan dak Haiqal ni,maklum la anak bongsu..manja lbh.
    Tp rasanya jari kena kepit pintu kete..mmg sangat sakittt!.Kuat gak anak bujang tu menahan ya..good boy!
    Tp mmg nampak sedap kari kepala ikan tu..patut la Haiqal beria2 mkn.mam msk special...
    Nani....ko jgn sedey2 tau.Bawak kete lellok...tu nk bawak haiqal pasar mlm..okey la.Sejuk sikit hati dia...

    ReplyDelete
  2. Azatie Sayang>>
    salam... mmg sedey, sayu selagi tak balik keje tengok haikal.. biasa la kan.. tu la kita ni dijadikan wanita.. hati lembut.. kalau jadi hati batu kang, lagi kalut rumah tangga.. tul dak.. eheheh
    Harap2 haikal dah ok.. kan

    ReplyDelete
  3. assalam Nani
    la haii siannya Haikal hu hu sakit wooo akak penah kena tau berdenyut-denyut lama tu sakitttnya
    tp bagus yek Haikal x nangis kuat2 kalu Sarah entahlah he he
    ooo sama la selera ngan akak kalu kari mesti letak kicap he he skrg Sarah pun kalu masak kari suker sgt laju je makan nasi + kicap he he

    ReplyDelete
  4. Mama Sara Nur>>
    akak.. mmg sakit kan.. nani pun penah kena gak.. tapi tu la, kelalaian mamanya sendiri..
    Satu rumah ni kalau makan nasi kari letak kicap, past tu depa suka goreng telo mata.. perghhh.. mmg serasi.. hehehe

    ReplyDelete
  5. alaaa..mama haikal x sengaja..tp mesti rsa bersalah dlm diri kan...
    tapi haikal kuat mesti jari dia cepat baik tu...

    ReplyDelete
  6. Salan kak nani....
    Saya pulak yg teremo bila baca entry akak smp kuar air mata.... Teringat 2 tahun lepas batrisya pun pernah tersepit pintu.... Smp berdarah..... Saya pulak yg nangis lebih2 masa tue tengok tangan dia berdarah...

    ReplyDelete
  7. sian haikal... takpe haikal kn brave boy... skit je tu kak... jgn sedih2 yek

    ReplyDelete
  8. ekinashikin>>>
    tu la.. betul2 tak sengaja.. tapi jari haikal dah OK.. alhamdullillah...



    Mama Mya>>>
    betul tu dik... memang menangis dlm hati sehari smlm.. tapi petang lepas amik haikal, dah OK.. sbb haikal dah tak de apa2..



    Norhidana>>>
    yup, tak sedey lagi.. lepas ni berhati2 lebih... mekasih...

    ReplyDelete
  9. Berdebar masa baca ni kak. Alhamdulillah takde apa kan. Peringatan untuk kita jugak, sentiasa berhati2 dan berdoa agar semua dalam keadaan selamat. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. Asmara>>>
    Betul tu, kita jadikan sebagai peringatan untuk sentiasa beringat lebih lagi lepas ni kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)