Assalamualaikum..... :)
Hari ni dah hari khamis.. esok jumaat .. lepas tu cuti... yeeeaahhh....!!!!
suka je kalau cuti... sebab banyak program dah set time cuti..
semalam tengok cik IzahDaud wat ikan pari masak sambal....
so ape lagi.. stock ikan pari pun ada lagi... wat sambal lah.. ikan pari ni
aku beli yang sejuk beku slice tu... sebab hari tu gi pasaraya nak cari ikan
pari wat asam pedas, tak nampak yg fresh pari cut pun.. yang sejuk beku
tu je yang jumpa.. so amik je la... kan..
aku boh tomato dalam sambal pari aku ni... :D
shoot dekat.. *
Copy resepi dari RUMAH IZAH
BAHAN-BAHANNYA :
300 ikan pari, potong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
4 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, belah 6
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)(*aku tak letak)
CARA MEMBUATNYA :
- Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
- Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..
ok... sampai di sini dulu... sekian semua..
TATA
akak..lawo dah gambo nyer tu..dah bawak repair dah ke? ngeh ngeh...
ReplyDeleteBlok la izah,,,, tu camera phone lain... gambar nampak blur tapi boleh la dari tak do.. kakakaka
ReplyDelete