Assalamualaikum....
mula2 skali try nak wat kek pumpkin ni.. tak pernah wat lagi kek pumpkin
sebelum ni.. memandangkan pumpkin ade sebijik lagi besorrrr punya tu..
aku pun saja la menerai buat kek tu.. amik resepi dari SINI terima kasih
pada maisya yang menyumbangkan resepi... rasa sedap sangat.. gebus lak tu..
tapi aku wat bakar.. tak kukus.. sebab saja suka kegaringan kat tepi2 kek
tu.. hehehe.. jadinya apa lagi.. makan time panas2 tu.. memang melambong
lah sedap.. khennnn.. *saja puji...
KEK LABU KUKUS * aku bakar dalam oven :)
Bahan
1 cawan butter/marjerin
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan labu , diparut
sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis ) *aku tak letak
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1 sudu besar tepung kastad
Cara.
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan susu pekat, kacau rata.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad.
7. Masukkan labu, dan kurma.
8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam
Tips: TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya. - tips dari majalah Rasa Mac 2005
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)