Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, November 19, 2014

Blouse Sequin Lycraa


Assalamualaikum...

Saya ada menjual Kimono Sequin Chiffon yang cantik ini.. 
Harga sangat berbaloi 

Stock ready (19/11/2014)

Sekiranya berminat boleh 

Wassup/Wechat/Telegram
016-5015451

fb@Norahnani Ismail







 BLOUSE CODE: GF4006

LENGTH: 69CM

BUST: 103CM

SHOULDER: 42CM

SLEEVE: 55CM

ARM HOLE: 54CM

SIZE: FREE SIZE, FITS UP TO XXL

MATERIAL: LYCRA

Blouse Sequin Chiffon


Assalamualaikum...

Saya ada menjual Kimono Sequin Chiffon yang cantik ini.. 
Harga sangat berbaloi 

Stock ready (19/11/2014)

Sekiranya berminat boleh 

Wassup/Wechat/Telegram
016-5015451

fb@Norahnani Ismail













GF4059

LENGTH: 70CM

BUST: 120CM

SHOULDER: 43CM

SLEEVE: 60CM

ARM HOLE: 50CM

SIZE: FREE SIZE, FITS UP TO XXL

MATERIAL: FULL BODY & SLEEVE : CHIFFON WITH

 LINING + SEQUIN

Monday, November 10, 2014

Hari Kantin SKTPP2, (08/11/2014)

Assalamualaikum... 

Banyak gambar hari ni nak share.. kejadian berlaku pada cuti sabtu lepas.. Di sekolah Haikal.. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2, Puchong.

Mai kita tengok gambar.. sebab nak citer kang boring lak panjang lebar.. 


Baru2 sampai di sekolah.. Sakinah dan Safiyya.. fiyya memang dah macam tak nak duduk dalam stroller.. sebab nampak kuda.. :)


Di tapak perhimpunan... basikal baring.. 2 kali haikal naik basikal baring ni.. dengan bayaran rm5 selama 15 minit. :)



Safiyya cakap.. Takak.. nak ceyem... hmm.. kakak pun beli ceyem kat fiyya.. :) bukan main.. konon habis ke tu? mama juga jadi tong sampah nye.. fiyya saja suka je nak beli ceyem tapi makan tak se gah mana..


Pandai adik ni main belon air.. kan.. fiyya suka kejar belon tu.. bila kena kat tangan pecah.. fiyya ketawa.. :) 



Ni la panel nye.. Hari Usahawan.. membeli sambil menderma.. :) utk tabung PIBG sekolah.



Gerai guru.. baju2 bundle juga di jual.. :)



Ni mama order.. RM5.00 maggie ketam.. :) alhamdullillah.. 




Haikal yang seronok mendayung... RM5.00 sekepala.. kayuh la sampan tu sampai 15 minit.. :) mama tukang amik gambar.. mr mama kata amik.. semua gambar biar simpan jadi kenangan.. :) kesian haikal kalau tak amik gambar dia.. :) itu lah support dari mr mama.. :)


Mmmmm seronok tengok anak2 bergembira.. biar mereka main sampai letih.. mama dan abah kuarkan duit belanja beli kopun je..



Mendayung sampai basah lencun ni tau.. 



Dah habis main.. sekarang Haikal minta main balon air... rm3.00 untuk sebekas ni.. tak sempat main lama.. adik fiyya tuangkan air sabun tu.. kesian abang... 


Panjangggggggggggggg!!!! 
beras ape ni? waakakakakaka


Adik fiyya buat buih kat tangan.. datang kat mama konon nak takutkan mama.. sambil lap buih tu kat baju mama.. redho je la.. selagi anak kita sihat dan boleh bermain.. :) alhamdullillah.. :) 

Mama? jangan cakap.. mama ni dah rasa org paling comot je.. tapi takpe.. melihat anak itu gembira.. emak akan menjadi lebih gembira.. dari pada kita lihat anak sakit di cucuk di Hospital..
fikir fikir kan lah.. :) 
renung renung kan lah.. :) 


Betama insan ini sangat keletihan... :) di ending of the story.. :) 


Tuesday, November 04, 2014

BIG BUGGY 4XL-8XL










Assalamualaikum..

Sebenarnya Big Buggy kat atas ni stocknya sangat lah laju.. macam goreng pisang cheese tau.. ni dah kali ke bape tah re-Stock.. sebab size2 plus ni memang susah nak cari baju kan.. termasuk aku..

Jadi sesiapa yang mencari Big Buggy macam ni boleh wassup aku.. harga memang berpatutan.. dan sangat berbaloi.. tak payah susah2 nak cari parking.. bayar minyak petrol dan berjalan ke sana sini.. 

Wassup: 016-5015451
Call pun boleh..
SMS pun boleh..
Telegram pun boleh..

fb: Norahnani Ismail

Plain Buggy Now Restok
FREE SIZE FIT TO 4XL
BAHU 14-17

DADA 32-50

LABUH 29

MATERIAL COTTON KNITTED

TAK PANAS
TAK JARANG
TAK MELEKAP
YES STRECHY
SANGAT SELESA ^^

Monday, November 03, 2014

Saje bawa anak2 santai indoor..

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita di hari Isnin.. Hari kerja seperti biasa.. 

Hari ni.. Anak sulong ku.. Siti Halimatun Sakinah.. sedang menduduki peperiksaan SPM.. Semoga beliau berjaya dalam peperiksaan ini.. mama sokong kakak.. :) 

Sabtu ialah hari yang sangat bizi.. sebab mencuci rumah kan.. bukan setakat kemas, malah membasuh rumah terus. Ibarat macam nak masuk rumah baru.. semua kena sental.. dari lantai koridor sampai lantai dapur yard.. memang penat.. sampai kecut kaki tangan.. Mama yang berdiri mencuci depan sinki dapur barang2 kek dan barang2 kecil mama yang dah berhabuk tu.. sampai basah lencun.. kecut kaki tangan.. kira macam mandi lah.. cuma kepala je tak basah.. bertungkus lumus membuang mana yang tak di pakai.. mana yang boleh di kitar semua masih berada dalam bonet kereta.. barang2 plastik yang akan di jual.. penat sungguh hari sabtu.. 

Lepas dah habis buat keje yang hampir 5 jam dari pagi tu.. mr mama ajak keluar untuk membayar di bank pula.. kan gaji.. gaji kena la bayar ke bank mana yang perlu.. dah settled gi bayar bank.. mr mama kata nak belanja anak2 makan Nasi Beriyani.. so pilihan hati ialah nasi beriani gam Putra-Jaya kat Bangi.. sebelum sampai ke selekoh kedai Nasi Beriyani Gam Putra-Jaya tu, singgah Ikram beli murtabak besar kat sana.. sekeping rm6.00 dah lama tak beli kat situ.. dah lalu terus mr mama singgah.. waktu sampai ke gerai murtabak gajah.. nampak orang beratur.. so aku pun apa lagi.. terus beratur belakang kakak sorang ni.. tiba2 kakak yang sedang beratur depan aku ni menegur.. fiyya.. di sebutnya lagi.. fiyya.. (dalam hati.. siapakah kakak itu).. fiyya kan.. kakak di depan aku bertanya untuk confirmkan.. aku pun dengan lantas mengiyakan ye.. itu fiyya.. dalam hati tertanya2.. kakak blogger mana ni.. (maaf ye kak, nani ni kurang ingat waktu tu) terus kakak di depan aku cakap Kak Mar.. oooooooooo Kak Mar.. aku pun bertindak bersalam dan laga2 pipi kak mar yang gebu.. :) berjumpa juga kita ye Kak Mar.. tanpa terduga.. terima kasih kak.. belanja nani makan murtabak.. dan bagi duit raya kat fiyya.. :) lenkali kita jumpa lagi.. rasa cam dah lama kenal lak.. :) tu la tak rugi kita sesama blogger ni.. shared is care.. hehehe.. tak rugi berkenal kenalanan.. walau di alam maya.. semoga ada masa lain kita jumpa ye Kak Mar.. aku copy link blog Kak Mar di sini.. boleh la berkenalan dengan Blog Suka-Suka ni.. ramah dan baik orangnya.. :) 



Sorotan gambar yang aku ambil dari Ikea semalam.. saja nak survey dan bawa anak2 makan meet ball ikea.. sebelum masuk ke food court dia.. bawa anak gi jamu mata dulu.. fiyya dengan piss dia.. 



Sampai senget2 mata dia buat piss.. :) ehehe


Ni waktu orang lain nampak dia bergambar.. terus piss ke pipi.. malu la tu kan.. 



Hakimi yang dah bertukar jadi kanak2 rebina.. :) hehehe



Haikal jangan kata la.. masih kecil kot.. 7 tahun.. tapi size badan Haikal yang dah macam budak darjah 3 kot.. ehehehehe.. 


Tengok ni.. hero-hero saya.. yang kuning tu Hakimi.. dan yang biru tu Haikal.. hehehe

Sabor je la.. :) 

Friday, October 31, 2014

Esok cuti.. yeahhh!!!

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang indah ini.. cuaca sekarang tak menentu.. kejap hujan, kejap panas terik.. baju banyak yang kena tempias.. jadi esok hari cuti.. boleh la nak mengemas dan tengok apa yang patut... 

Esok nak kemas rumah.. sebab apa tau.. kawasan apartment rumah yang aku duduki sekarang ni kawasan panas denggi.. jadi nak buang semua segala air dalam tangki dan ganti yg baru.. nak salin semua air simpanan dalam stock dan bersih apa yang bertakung.. tengok la.. nanti jadi camne kan.. takut juga la kalau dah ada yang kena kat kawasan ni.. Orang yang kena denggi tu tinggal di Block P, rumah aku pula Block M. so tak jauh.. tak mustahil nyamok jahat akan terbang kat rumah aku pula kan.. sungguh pun rumah aku tinggi.. tetap ada nyamok.. tapi takde la sampai kritikal nyamoknya.. hehehe..




Nak bersantai pun kena tunggu habis mengemas.. mr mama dah agihkan kerja2 untuk kami sekeluarga esok.. mama kena kemas di bahagian dapur dan rak pinggan.. di mana letaknya juga mesin basuh kat situ.. Hakimi kena kemas bilik tido dia dan bilik air luar.. Mr mama Cover bilik air dalam dan bilik tido mama.. Sakinah ngan haikal di koridor dan Safiyya je tak buat apa.. hek hek hek... 


Saja nak buat record... cik nuffnang bermurah hati bulan ni saja ada 10 BE... terima kasih cik nuffnang... :) :) :) 

Thursday, October 30, 2014

Lempeng Kelapa dan Sambal Sardin


 Assalamualaikum..

Saban hari demi hari.. semakin bizi.... kerja di pejabat yang menimbun.. site project yang nak handover.. makin hari makin membizikan diri dengan handover procedure.. terpaksa ku lalui walau dalam hati agak keletihan dan sangat mencuakkan.. 

Anak kecil yang masih memerlukan perhatian ku biarkan di tinggalkan bersama ibu pengasuh.. bulan ni last ibu pengasuh fiyya jaga fiyya.. start bulan december.. take over oleh kakak sakinah dulu buat sementara waktu.. lepas tu kena cari ibu pengasuh baru.. ibu pengasuh fiyya nak balik ke Besut.. dan akan menetap terus di sana.. walaupun aku sedikit gusar untuk di berikan fiyya kepada siapa untuk di jaga lepas ni.. namun aku akur juga.. belum waktu aku untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. insyaALLAH.. paling dekat pun lagi 5 tahun lagi.. baru nak retire.. hehehe.. cam tua dah bunyi nya kan.. 

Minggu lepas hari minggu, mr mama request nak makan lempeng kelapa.. apa lagi.. mama pun seronok la sebab mama dah standby beli sardin tin.. nak cicah dengan lempeng kepala.. pepagi hari ahad.. mama dah standby bancuh lempeng.. sempat la mama masak 3 keping.. dan selebihnya lagi 3 keping Sakinah sambung pula.. sebab time tu Safiyya dan demanding nak menyusu badan.. terpaksa mama stop.. tapi nasib baik ada Sakinah boleh juga suruh dia take over kan.. :) hehehe



Ok.. ini lah lempeng yang aku buat.. lempeng kelapa sambal sardin.. nyam nyam.. memang terbaik.. :) lagi2 kalau makan di kala cuaca hujan dan sejuk2 ni.. :) 




Gambar anak dara kecil yang menyejukkan hati.. :) safiyya kalau nampak gambar ni.. dia cakap Kakak.. mungkin sebab pakai hijab.. ermm. apa2 lah.. nampak tersorok gigi garham fiyya kat belakang tu.. skrg ni fiyya dan ada 12 batang gigi.. 8 di depan dan 4 gigi garham atas dan bawah.. :) ni pun dah petah bercakap.. macam2 di pok pek kan fiyya.. :) bila anak tidur.. kita pula rasa kekosongan dengan kaletahnya.. :)

Tuesday, October 28, 2014

White Blood Cell Tinggi..

Assalamualaikum... 

Rangkuman gambar2 yang sempat di snap sebelum kehabisan battery telefon..

Kejadian berlaku pada hari Isnin lepas.. 13hb October 2014. Waktu tu pukul 4 pagi.. mama tersedar sebab rasa haba di badan fiyya.. sambil mama pelok fiyya rapat2.. dalam pada itu mama menyusukan fiyya.. 4.20am.. fiyya tak dapat tidur lagi.. fiyya sebut.. nak cucu.. (nak susu).. mr mama bangun bancuh susu botol untuk fiyya.. mama sempat lumur kepala fiyya dengan air..  ketika itu fiyya tertido.. fiyya jaga pada jam 7am.. mama mandikan fiyya dengan air suam.. bila muka fiyya mama sapu dengan tapak tangan mama.. fiyya menangis.. tak pernah fiyya nangis ketika mandi.. fiyya suka mandi.. mama jadi hairan.. mungkin sejuk.. tapi mama dah on water hitter untuk fiyya.. mama capai kain tuala dan bungkus fiyya.. keluar dari bilik air.. mama letak fiyya atas katil sambil berbungkus.. fiyya masih nangis.. mama masih tertanya2 kenapa fiyya nangis.. 

Perlahan-lahan mama lap muka fiyya dengan tuala sambil ribakan fiyya.. fiyya tetap menangis.. dan mama terpengang di pipi kiri fiyya.. hampir dengan telinga.. bengkak.. owh.. mungkin sebab tu fiyya menangis sebab mama terpegang bengkak fiyya.. mama terus menjerit panggil mr mama.. yang kami berdua decide nak pergi kerja.. langsung terbantut.. kami berdua bawa fiyya ke Klinik Kesihatan berhampiran.. kalau demam peringkat pertama bagi ubat.. kalau tak kebah juga baru mama bawa ke klinik.. tapi mama tak kira.. bawa ke klinik terus sbb bengkak di muka.. sampai klinik.. fiyya di rujuk ke doktor.. doktor kata bukan beguk.. sebab kalau beguk jadinya di leher.. bawah dagu.. tapi ini di pipi.. kawasan tulang pipi berdekatan telinga.. masyaallah.. penyakit apakah ini.. doktor pun terkejut sebab fiyya baru beberapa jam kena demam.. bukan sehari.. malah bukan 3 hari atau lebih.. doktor suggest suruh buat FBC. Full Blood Test.. 

Setelah lebih kurang 15 minit.. keluar result fiyya.. doktor suruh bawa fiyya ke hospital dengan segera.. sebab ada jangkitan kuman yang tinggi.. bacaan white blood cell fiyya mencecah 30.. iaitu 29.8 lebih tinggi dari bacaan normal yang tidak lebih dari 11. doktor suruh attendan bawa fiyya dengan ambulance.. tapi mama cakap.. mama bawa.. sebab mr mama pun ada.. lagi pun mama kena balik rumah utk bungkus baju dan barang2 fiyya.. 

Jam 12.30noon kami sampai ke Hospital Serdang.. fiyya kena admit.. doktor cakap jangkitan kuman fiyya agak tinggi.. dan perlu antibiotic untuk lawan.. mama redha.. tatkala doktor memberitahu mama.. mama hampir tidak dapat kawal.. air mata mama terus menitik2 laju.. sebab ini kali ke2 fiyya di masukkan ke hospital atas sebab yang sama.. dan doktor kata.. kalau ubat antibiotik ni boleh dan serasi utk fiyya.. dalam masa 2 hari fiyya akan ok.. fiyya asyik menangis .. mama kesian sebab fiyya kena cucuk.. demi kesihatan fiyya.. mama terpaksa redha.. lepas ni minta allah beri kan kesihatan yg baik untuk fiyya.. rasanya dia tak tertanggung kesakitan ini.. mama rela di jadikan penggantinya.. 





Fiyya masih asyik lena di pangkuan mr mama.. langkah demi langkah.. ambil darah dan x-ray semua di buat untuk fiyya.. 

Fiyya dah keluar hospital.. fiyya dah kembali sihat.. cuma fiyya masih cirit birit.. harap2 semua toksik dalam badan fiyya akan keluar sekali.. jangan ada bakteria2 jahat lagi.. 

Mama dan abah sayang fiyya..