Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, October 09, 2013

WW: Majlis Konvokesyen Adik Bongsu.. PICC


Assalamualaikum.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi dan masih masuk rumah aku ni walaupun agak berminggu gak aku tak kemas.. pertama skali aku nak kaborkan... yang sememangnya agak susah aku nak berblog sekarang ni.. dek kerana kat opis dah kena block.. tak boleh masuk block atau pun ke pesbuk... dan setiap kali aku meninggalkan komen atau melawat kawan2 yang hanya mampu melalui handphone aku yang kurang canggih itu.. terhad jugak lah panjang kaki aku nak merayap ke satu blog ke blog yang lain.. dan juga sekarang ni dah boleh labelkan aku sebagai pekerja yang sangat berdisiplin.. kalau ada anugerah pekerja cemerlang kat ofis aku tu.. sah sah aku yang dapat.. sebab aku sorang je kerani cabok kat situ kan.. hahahahaha.. okey lah.. nama WW kan.. wordless wednesday.. so ni pun dah bebel banyak.. 

Nak di citer kan ni.. 7hb October (isnin) berlangsungnya Majlis Konvokesyen adik bongsu aku.. Muhammad Farez Wahidi.. penerima dip dalam jurusan pertanian .. alhamdullillah.. mak.abah datang dari kampung untuk menghadiri majlis tersebut yang berlansung di PICC iaitu Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya of coz.. :) 

Moh kita tengok gambar.. jom.. 


Hadiah comel ini lah yang hanya mampu aku berikan pada adik bongsu aku ni.. sebagai tanda sokongan dan keceriaan nya di hari tersebut.. sama bulat cam dia kan.. :P 


Mak, Abah, Farez, Sakinah, Hakimi dan Haikal yang turut hadir.. :) dan juga memberi sokongan pada paksu.. :) 


Aku.. kanan.. fiyya dan kiri tu kakngah aku.. yang turut hadir.. :) hanya kami berdua adik beradik dok KL ni.. so kitorang lah yang wajib turun padang skali kan.. :)



Mak & Farez.. :) nampak dari air muka mak.. kegembiraan yang tidak dapat di gambarkan lagi.. 


Abah & Farez... abah juga yang turut mengalir air mata kegembiraan tatkala adik naik di pentas.. 


Mak & Abah.. :) 


Kimi & Haikal... adik beradik yang macam kucing dan tikus ni, hmmm.. 


Akhir skali... mak.abah dan farez.. :) 


Okey.. insyaALLAH.. aku akan semula aktif berblog lepas ni.. tapi hanya kat rumah je aku mampu apdet.. kalau kat opis nak merayap pakai phone je lah.. :) 


k. bai.. 

8 comments:

  1. tahniah pada paksu..dah grad..:D bagus bawak anak2 ke majlis2 konvo ni....nanti diorg bersemangat belajar sungguh2 ikut contoh yang baik2...

    ReplyDelete
  2. Assalam nani,
    lama dok tunggu nani online...dokpikir2 mesti susah nak online kan skrang nie..takperlah ade peluang updatelah..rindu ngan budak fiyya tuh, lama tak tengok,tah2 dah boleh berjalan dah ker..heheh..
    tahniah tuk adik nani..mak bapak nani nampak mmg hepi sangat..

    p/s-inshaallah ujung tahun dpn kami blk..nani kalau ade ms tlg siasat sket psl tadika islam kat putra perdana tuh..ade sekolah rendah tahfiz tak ygsambung..thanks..

    ReplyDelete
  3. mcm opis lieya laa aritu block blogspot..tekujat2 dibuatnye...terpakse hangkut broadband dgn lappy sendiri.....skrang dah tak block plak...legaaaa dibuatnyer...

    ReplyDelete
  4. kalo kat ofis dah kena block ni yg susah ni.

    Tahniah utk farez. Semua org tumpang gembira dgn kejayaan beliau. Dalam ramai2 fiyya le paling comel walaupun tak nampak sgt muka dia.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat adik yg berjaya.
    Mak/abah senyum bangga bila melihat anak bongsunya dah berjaya.
    Leganyaaa...

    ReplyDelete
  6. opis sy aritu pun block gak blog n fb...tp kitorang hack la....padan muke...kekeke...

    skrg ni dia dah bukak balik dah....blh la merayap...

    ReplyDelete
  7. sama nasib ngan mama la nani.. wlpun tak kena block tp tmpt workstation yg tak sesuai nak buat tenet menghalang.. sabar jew la kannnn

    redha dalam stress... hahaha

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat adik..
    Lama tk sggh sini, almaklum, kita pun sama, opis dh block, tp lama jugak dh, awal2 dl, tak keruan dibuatnya..skrg dh redha, Bw time pg2 or rehat jer guna tab, update seminggu sekalk kt umah,huu..sadis..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)