Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, February 12, 2014

WW: Resepi Ayam Masak Bertiram

Assalamualaikum..


Selamat berhari WW.. kononnya kan.. tapi tak tahan gak.. mesti nak berceloteh sket kat sini, itu adalah perkara wajib untuk blogger kan.. hmmm bizi setelah bercuti selama 10 hari sempena CNY baru2 ni.. kat rumah pula tinggal berdua je ngan fiyya.. yang lain al-maklumlah.. bizi kat sekolah.. sebab skrg ni sekolah rata2nya dok buat latihan sukan.. bulan March nanti diorang akan adakan sukan tahunan.. Sakinah tahun ni mengambil bahagian dalam Kawad Kadet Polis, Hakimi pula belum tahu ada masuk acara apa.. So Haikal dan Fiyya awal2 kena tinggal kat rumah BS sebelum Haikal akan berangkat ke sekolah sesi petang.. takkan nak tinggalkan Haikal sorang2 kan.. kesian dia.. kecil lagi budak tu.. baru 7 tahun.. entah nanti lupa kunci pintu ke.. tutup plug TV ke.. kipas ke.. sebagai tindakan berjaga2 dan berwaspada... wajib amik pemantauan sebelum perkara2 yang tidak di ingini berlaku.. betul tak?


Jom... seawal awal pagi tadi dah goreng bihun untuk bekal anak2 sebelum latihan sukan.. diorang akan terus kat sekolah dari 7am sampai 7pm ni baru balik.. tapi sakinah sedikit awal sebab sesi persekolahan nya pagi.. dan latihan sukan waktu petangnya akan habis dalam pukul 5pm... aku bekal kan sorang 1 polisterin bihun untuk diorang.. kesian kan kalau anak2 kurang makan.. entah cukup ke duit yang kita bagi.. entah cukup masa ke nak beratur? alaaaaa... memang la kita ibu ni kan.. selalu gelisah je fikirkan anak2.. tak kesah la anak kita besar atau yang kecil sekecil baby.. tapi naluri ibu kan.. aku percaya korang pun sama... sedikit sebanyak mesti tertanya2.. anak kita makan apa? buat apa? minum ke? cukup makan ke? hmmmm.. lagi2 dengan keadaan cuaca sekarang yang sangat panas.. di mana Malaysia akan tidak mengalami hujan selama lebih kurang 1 bulan lagi.. so bayangkan betapa kering kontang nya nanti.. dengan itu kita pun nak jaga kesihatan anak kita supaya tak sakit.. dan cukup air kan.. rata2 hutan waktu aku lalu pagi tadi, ada yang sudah mengalami sedikit kebakaran.. so sangat2 lah kena berwaspada dengan keadaan cuaca di Penghujung Angin Monsun Timur Laut ni.. kan... ok.. jom tengok resepi seperti tajuk di atas.. 




Ayam Masak Bertiram



Resepi : AYAM MASAK BERTIRAM

Bahan2nya:-

1 ekor ayam di bersih dan gaul garam & kunyit dan di goreng (ketepikan)

1 Labu bawang besar hiris tebal
5 Ulas bawang putih hiris nipis
3 Biji kentang di kupas, di potong dan rebus (ketepikan)
3 Sudu besar kicap lemak manis
3 Sudu besar Sos tiram 
2 Biji Cili Hidup di hiris tebal
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:-

1-   Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar
2-   Bila kuali dah panas, tumiskan bawang besar sampai layu, kemudian masukkan bawang putih, bila dah keluar bau masukkan cili hidup yang di hiris tebal.. kacau sedikit.
3-   Masukkan sos tiram, kemudian kicap pekat, gaul sebati dan masukkan kentang.. 
4-   Masukkan ayam yang sudah di goreng dan gaul sebati.
5-   (Tidak menggunakan garam sebab sos tiram dan kicap sudah memadai untuk perasa) - (di samping itu ayam yang terlebih dahulu di gaul bersama garam dan kunyit tadi sebelum di goreng)
6-   Bila dan cukup masak dan rasa yang TERbaik.. tutup api dan boleh la di hidang.
7-   Sila lah makan bersama nasi panas.. sure terangkat beb... :) hehehe.. cubalah.. 



P/S: terima kasih atas semua doa2 murah rezeki oleh kawan2 yang berkunjung ke sini pada entry " dia datang lagi" aminnnnnn ya robbal alamin.. 

Tuesday, February 11, 2014

Dia datang lagi...

Assalamualaikum...

Dia datang lagi... (ala2 tajuk lagu) wahahahaha... 

Si Kelicap datang lagi bersarang di rumah, sama juga rutin Si Kelicap ni.. seawal 7.30 pagi dah punch card, masuk keje.. means  buat sarang.. bertungkus lumus aku perhatikan Si Kelicap ni buat sarangnya.. almost 2 weeks dah.. and sarang dah hampir siap maybe dalam 98% kot dah.. gambar kat bawah ni waktu sarang 50% siap... And dalam perkiraan aku selama seminggu aku perhatikan mereka dua ekor ni.. kul 5 petang je mesti dah stop terbang2 buat sarang.. setiap hari camtu.. so dah macam mandor dah aku ni.. dok tengok Si Kelicap dua ekor ni buat sarang tau..




Hmmm.. gambar kat atas ni tau dak camne aku amik? of coz la ngan camera kan.. tapi korang tau.. aku jadi penunggu setia dok bawah penyidai kain tu standby camera and paling penting TAK BERGERAK sikit pun... hmmm.. ye la.. Si Kelicap ni sangat sensitive.. takot orang sket... tak boleh kitorang bising2 dalam umah.. dia akan berterbangan takot nak hinggap kat site construction dia pun tau.. hmm so weOls dalam umah dok diam2.. langsir kena tutup selalu.. kul 5 onwards baru leh bukak langsir sebab burung dah stop work.. kalau nampak kelibat besar2 cam ni totally Si Kelicap lari.. tapi Si Kelicap tak takot plak kalau kelibat kecil fiyya.. hmmm.. ok ok.. aku faham.. fiyya kan molek je kan.. heheh..



Rumput rumput kering... rambut entah sape tah.. benang entah dari mana.. lalang dan juga kulit kayu manis adalah antara bahan2 untuk membuat sarang Si Kelicap.. sabor je ler.. nanti aku apdet lagi kalau si Kelicap dah check in rumah dia tu tau...

2 minggu buat keje..

2 minggu lagi misi bertelor..

hmmmm mungkin kah rezeki akan bertambah lagi? insyaALLAH... 
Dari pada sumber2 komen kawan2 waktu si Kelicap bersarang di rumah aku tahun lepas gaji mr mama ada kenaikan.. tahun ni lak camne ye.. hehehe.. adakah bilangan gaji naik? bilangan orang dalam umah ni meningkat? atau...? muahahahahahahahahahah



Monday, February 10, 2014

Apakah itu Hereditary Spherocytosis?

Assalamualaikum...

Kenapa tajuk aku hari ni tentang HEREDITARY SPHEROCYTOSIS?
Sebab musababnya adalah... 

Hari jumaat lepas iaitu 7hb February 2014, aku pergi ke Hospital Serdang atas temujanji yang telah di berikan beberapa bulan lepas untuk result darah HB Analysis safiyya.. 

Dan sungguh mengejutkan.. yang safiyya di diagnose kan ada penyakit HEREDITARY SPHEROCYTOSIS iaitu sejenis penyakit sel darah merah. ianya tidak sama seperti yang aku ada iaitu Thalasemia.. even ini ialah kali pertama aku dengar nama penyakit ni.. dan masih baru bagi aku untuk penerimaan tentang penyakit darah ini.. 

Google punya google tentang penyakit ini.. aku dapat di laman web Indonesia tentang terjemahan penyakit Hereditary Spherocytosis ini dan lebih memahamkan aku tentang pengertian nya selepas di jelaskan oleh doktor pakar sendiri pada hari jumaat lepas.

Dengan ini, doktor juga telah memberi appoitment untuk aku dan mr mama sebagai parents safiyya mengambil test HB Analysis ini beberapa bulan lagi untuk mengetahui gens safiyya datang dari mana.. sebab yang doktor bagi tau aku, penyakit darah ini adalah penyakit keturunan.. dan ini pulak ialah penyakit darah yang baru bagi aku yang telah mengetahui tentang thalasemia sejak 17 tahun dulu.. actually from lahir.. tapi tak tahu selagi kita tak buat test kan.. so waktu aku mengandungkan anak sulong then baru aku tahu aku ni ialah Thalasemia mother.


Gambar safiyya sebagai pengubat rindu .. 


Penyakit Genetik

Selaput Sel Darah 

Merah /

Hereditary Spherocytosis



Pengertian tentang Hereditary spherocytosis

Hereditary spherocytosis (HS): Suatu penyakit genetik dari selaput (membrane) sel darah merah yang secara klinis dikarakteristikan oleh anemia, jaundice (penyakit kuning) dan splenomegaly (pembesaran limpa).
Pada HS sel-sel merah adalah lebih kecil, lebih bulat, dan lebih mudah rusak daripada yang normal. Sel-sel merah ini mempunyai suatu bentuk yang berbentuk bola daripada berbentuk lempeng cekung ganda (biconcave-disk shape) dari sel-sel merah yang normal. Sel-sel merah yang gemuk bulat ini (spherocytes) adalah secara osmotik mudah rusak dan kurang fleksibel daripada sel-sel merah normal dan cenderung untuk menyangkut pada pembuluh darah yang sempit, terutama di limpa, dan disana mereka pecah (hemolyze) menjurus pada hemolytic anemia.
Penyumbatan limpa dengan sel-sel merah hampir tanpa kecuali menyebabkan pembesaran limpa (splenomegaly). Pemecahan sel-sel merah melepaskan hemoglobin dan bagian heme memberikan kenaikkan pada bilirubin, pigment dari jaundice. Kelebihan bilirubin menjurus pada pembentukan batu-batu empedu (gallstones), bahkan pada masa kanak-kanak. Seringkali juga ada kelebihan beban dari zat besi (iron) yang disebabkan oleh penghancuran yang berlebihan sel-sel merah yang kaya zat besi.
Hereditary spherocytosis adalah paling umum pada orang-orang keturunan Eropa utara. Ia seringkali timbul pada masa kecil atau awal masa kanak-kanak, menyebabkan anemia dan jaundice. Sumsum tulang harus bekerja ekstra keras untuk membuat lebih banyak sel-sel merah. Jadi, jika dalam perjalanan suatu penyakit virus yang biasa, sumsum tulang berhenti membuat sel-sel merah, anemia dapat dengan cepat menjadi berat (amat sangat besar). Ini diistilahkan sebagai suatu krisis aplastik (aplastic crisis).
Studi-studi laboratorium menunjukan bukti tidak hanya banyaknya spherocytes namun juga jumlah-jumlah yang meningkat dari reticulocytes (sel-sel darah merah yang muda), hyperbilirubinemia (tingkat-tingkat darah yang meningkat dari pigment bilirubin yang membuat kuning karena pemecahan dari sel-sel merah) dan kerusakan osmotik yang mudah dari sel-sel merah yang meningkat.
HS disebabkan oleh suatu kekurangan dari suatu protein yang disebut ankyrin. Ankyrins adalah protein-protein selaput sel (diperkirakan saling menghubungkan secara integral protein-protein dengan kerangka selaput yang berdasarkan spectrin). Ankyrin dari sel-sel darah merah (erythrocytic ankyrin) disebut ankyrin-Ratau ankyrin-1. Ia direpresentasikan oleh simbol ANK1.
Gen-gen HS yang untuk ANK1 telah dipetakan pada kromosom 8 dan, secara khusus, pada chromosome band 8p11.2. HS diwariskan sebagai suatu ciri yang dominan, jadi jika seseorang dengan HS reproduksi, anak-anak mereka (tidak peduli apakah ia seorang anak laki atau anak perempuan) mempunyai suatu kemungkinan sebesar 50:50 mendapat HS.
Perawatan dari hereditary spherocytosis adalah mengangkat limpa (splenectomy). Meskipun kerusakan sel merah tetap berlaku, pemecahan dari sel-sel merah (hemolysis) berhenti. Splenectomy, bagaimanapun, adalah suatu bahaya/risiko pada anak-anak muda. Anak-anak muda tanpa suatu limpa berada pada risiko yang meningkat untuk sepsis yang berlimpahan (infeksi aliran darah), terutama dengan bakteri-bakteri pneumococcus. Splenectomy oleh karenanya biasanya ditunda sebisa mungkin sampai berumur 3 tahun. Sebelum mendapat suatu splenectomy, siapa saja dengan HS harus mendapat vaksin pneumococcal. Orang-orang dengan HS (atau penyebab lain dari hemolysis berkelanjutan yang cepat) harus meminum supplemen asam folik (folic acid).
Prognosis (ramalan/harapan) setelah splenectomy adalah untuk suatu kehidupan yang normal dan suatu harapan kehidupan normal.
HS juga dikenal sebagai penyakit kuning hemolitik sejak lahir (congenital hemolytic jaundice), spherocytosis tidak khas yang berat (severe atypical spherocytosis), spherocytosis type II, kekurangan ankyrin, kekurangan erythrocyte ankyrin, kekurangan ankyrin-R, dan kekurangan ankyrin1.

Friday, January 31, 2014

Susu Mamil Step 3 Untuk Di Jual



gambar dari google 500g, tapi pek saya ialah 900g (pinjam gambar dari google)

Assalamualaikum..

Saya ada susu Dumex Mamil untuk di jual Step 3, untuk age 1 - 3 years.. nak jual sebab anak saya tak mau minum dah susu ni.. harga runcit di pasaraya RM72.90/pek 900g, saya ada stock 11 kotak nak jual dengan harga yang amat sesuai iaitu RM40/pek 900g .. 
sekiranya berminat sila hubungi saya di no. 016-501 5451



Thursday, January 30, 2014

Jom Balik Kampung..

Assalamualaikum...


Saya tempek gambar anak dara ni.. time ni aku baru balik keje.. sebok nak ngendeng2.. aku bawa dia ngendeng atas katil je.. sbb ngendeng pun nak dek.. mmm.. baju tak pakai.. saja aku pakaikan serkup pale tu.. hahaha.. geram senyum camtu kat mama.. alkisah ni gambar aku amik agak berminggu2 dah.. cuma saja nak apdet sini je.. hari santai.. aku still keje.. tapi half day la.. hari ni aku sakit perut.. makan limau last 2 days 2 biji je pun.. tapi lepas makan aku mual2 siap cerry berry... hmmm dah aku takot nak sentuh dah limau kat ofis ni.. huaaaaa.. 2 hari pun aku sakit perut lagi even pagi ni.. 



Berkemungkinan besar esok aku nak balik kampung.. tapiiiiiii kemungkinan besar gak esok aku drive sendiri balik.. sbb mr mama kena keje dah hari isnin.. ingatkan kot balik kg kali ni nak stay sampai selasa.. sbb kimi dan kinah bukak sekolah hari rabu.. haikal je aku cutikan dulu isnin dan selasa.. 

Aku dah lama tak balik kampung weh.. last balik kampung raya puasa lepas.. hmmm korang kira lah dah bape bulan.. hahahah.. kira lama tu.. bagi aku kalau kebiasaannya tak sampai 3 bulan mesti balik sekali.. kali ni dah lebih 4 bulan.. patut lah berat sangat rindu ni.. nak jumpa mak.abah.. rindu kampung.. rindu nak pelok mak.abah.. hmmmm insyaALLAH.. 

Oleh kerana aku akan drive sendiri.. bawa anak2 semua.. makanya target aku sampai kampung lebih dari 6 jam.. sbb aku nak drive.. aku gak botol susu fiyya.. hopefully fiyya tak ngamok nanti bila dalam perjalanan.. sebenarnya dulu when haikal umur 3 tahun aku pernah balik kg drive sendiri bawa kinah and kimi skali.. lepas tu bila dah ada fiyya ni langsung belum pernah nak drive sendiri dan baru 2 kali fiyya balik kg dalam pada umurnya dah hampir 1 tahun 1 bulan ni.. 


Semoga semuanya selamat di perjalanan.. doa doakan aku dan anak2 selamat tiba di kampung dan selamat pulang ke KL.. aku akan mula bekerja nanti pada 10hb February.. lama cuti ni.. harap2 ada kesempatan nak jenguk2 blog kan.. :) 

Untuk kawan2 yg nak balik kg tu.. aku harap korang semua selamat di perjalanan.. pandu berhati2.. ingat jalan bukan kita yang punya.. ingat.. jalan bukan untuk berlumba.. ingat.. ingatt..!!! peringatan untuk diri sendiri gak.. :) 

Wassalam.. 

Wednesday, January 29, 2014

WW: Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetlands Part 5

Assalamualaikum..

WW kan.. so jom tengok gambar.. :) 


Berkenderaan menyusuri kawasan Paya Indah Wetlands.. kalau nak berbasikal pun boleh.. :) 



Ni tempat makan burung... nampak bijirin yang di celah2 tu kan.. so tak kesah burung mana2 nak makan.. tersedia dah makanannya..



Buah pokok ni comel.. kecil2 je.. taktau pokok apa.. tapi kalau aku kecik2 lah.. aku buat main masak2 buah ni.. kan kan..



Kelihatan sekor badak sedang menikmati dengan berseleranya makanan yang terhidang untuknya.. kebiasaan nya aku sangat2 jarang nampak badan air kat zoo ke.. sebab kebiasaannya dia akan duduk berendam dalam air je.. kan kan.. 



Hmmm.. kusyuknyer dia makan kang.. kan kan..



Bagai itik pulang petang... hahahaha.. terkedek2 je kan..







Sekumpulan itik yang sedang menikmati keindahan alam.. berenang renang dalam air dengan seronoknya..



Sedikit info di letakkan di tepi pagar batu badak air tersebut.. untuk info pelawat..



Hakimi in da house... :) kali ni banyak gambar kimi kan? kan kan.. >> angguk pale okeh <<



Hmm yang sekor ni masih kusyuk menikmati makanan terhidang.. omg.. hehehe
nak makan sampai buncit ke hypo?



Cantek buah ni.. tapi bukan untuk di makan.. 



Bagai cikgu sedang mengajar anak2 muridnya.. betul tak? sekor yang besar tu cikgu.. yang kecik2 mengikut sambil membengkokkan lehernya ke arah tepi..



Tengok.. cikgu suruh tegak... semua ikut tegak.. hehehe



Ini lak tasik buaya.. ada buaya dalam ni.. caye?



nah.. kena lah percaya.. ni buktinya.. buaya sedang menunjukkan diri di tengah tasik.. jenih 20 ni tau.. lebih 30 meter.. tapi buleh la.. nak buat kenangan sket2.. kan..



Panjang dan nampak besar.. betul tak?



Antara papan tanda yang di pacakkan di tepi tasik.. sedikit info untuk pelawat.. so beware everywhere..



Ni antara chalet yang di sediakan.. sebuah studio yang lengkap untuk pengunjung bermalam.. hanya rm120.00 semalam.. itu bergantung pada hari2 tertentu atau tidak aku kurang pasti.. 



Sedang menerokai jalan.. nampak pula landak ni.. berlari2 mengejar pengunjung yang sedang berkelah di satu sudut.. oooohh tidak.. tanjat gigirl tau..


Tuesday, January 28, 2014

Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetlands Part 4

Assalamualaikum...

Jangan ada yang muntah hijau yer.. aku sekadar ingin berkongsi.. sebagai kenang-kenangan banyak juga gambar anak2 yang aku akan abdikan di sini.. part 4 ini semua berkenaan posink anak2 belaka.. hahahaha.. jom la.. jangan buang masa.. kang ada yang ngantuk terlena.. hahaha



Hakimi dengan gaya apa tah ler.. sakinah dan kimi ni dah sama tinggi rupanya skrg.. cepat je masa berlalu.. sedar tak sedar dari size kaki 2 jari sampai ke kaki besar dari aku skrg tau.. hahahahah



Bukan senang nak suruh dia senyum depan camera tau.. ni dia yang nak senyum sendiri tau.. hmmm untungnya.. hahaha.. caiyok caiyokk..!!


Mr mama dah safiyya.. hmmm menggaru-garu dah safiyya bosan agaknya.. 



Sakinah.. :) suka nor memosink.. biar je la kan.. dia suka.. 






Sebelum sarungkan kasut.. sempat lagi tu.. walhal dah kena tinggal jauh time ni.. lambat cam siput.. 



Safiyya dan mr mama.. sedang duduk berehat di wakaf yang di sediakan.. alhamdullillah.. cuaca bukan lah terik.. cuma perlu berehat di samping menikmati kenyamanan udara di sini.. 



Haikal dan safiyya memang ngam.. suka benor safiyya ketawa bila di agah abangnya ni.. 



Even umur safiyya skrg dah 1 tahun 3 minggu.. safiyya belum boleh berjalan.. aku belum nampak ciri2 dia nak berjalan.. hmmmm.. mungkin nanti kot.. kan.. dia lebih suka merangkak.. laju lak tu.. 



Nampak gigi 2 batang tu.. hehehe.. sebetulnya safiyya dah ada 4 batang gigi.. cuma yang atas tu baru menunjukkan diri.. masih kurang nampak jelas lagi.. tapi bila kena gigit nenen boleh jerit kuat gak aku tau.. sakittt wooooooo!!!!!



Ni lak gaya tuan tanah kedaung.. ingat nak shoot gambar sendiri.. pinjam hp kinah pun.. front camera dia cantek.. tengah shoot sendiri kinah lak yang shoot aku.. hahaha.. abdikan di sini tujuan kenang-kenangan.. betul tak?






Sandwich & Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetlands Part 3

Assalamualaikum...

Korang dah bekfes?
Aku makan sandwich tu je.. buat kat umah tadi.. panas2 masuk dalam polisterin.. tak sempat potong pun.. alhamdullillah.. jadi lah untuk alas perut kan.. :) Sebelum aku nak bawa sambung ke Lawatan Sambil Belajar kan.. kena makan dulu.. kang sakit perut ke pengsan.. sapa susah.. ? 

Ok.. moh.. 


Sandwich ni Snap by webcam, so quality is not so good.. 


Pagi ni aku bawa gi tengok gambar bunga dulu yer.. jamu mata dengan keserian bunga-bungaan.. nama bunga? sorry. tak tau.. tapi aku amik je bunga apa yang aku nampak kat sana.. 






















Dah nak dekat2 CNY ni.. korang sebok tak kat office? aku ni takde mende nak wat.. selalu dok depan pc je.. bos pun dah tak bape nak mai office skrg.. kalau ada pun setakat 10 - 30 minit je.. lepas tu dah kuar balik.. bizi betul deme nak raya kan.. 

Monday, January 27, 2014

Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetland Part 2

Assalamualaikum... 

Jom sambung lawatan kita ke Paya Indah Wetland kat Dengkil tu.. :)




Deretan basikal untuk pelawat yang suka menerokai dengan berbasikal.. weOls tak amik basikal.. sbb anak kecil susah nak bawa basikal alasan semata2  hahaha.. boleh tak alasan tu? ahahaha.. atau alasan yang lebih tepat dalam kete ada acon... hahahahahaa.. 


Burung merak dan ayam pegar yang di biarkan berpeleseran di balkoni2 bangunan.. merak ni sporting sangat.. dekat2 tapi pegang tak leh yer.. hehehe


Yang ni lak aku try test (dua perkataan yang sama maksud) aku pegang bulu kat belakang dia je.. depan2 tak berani.. takot kot2 yang dia dok tengah ram anak2 dia ke? kan kan.. kang tak pasal2 aku kena kejar ngan dia kan.. so sentuh sket2.. Bukti tu tangan aku.. hahaha.. 


Amik gambar dari depan dia.. relaks je santai.. kenyang ke sakit? or? 



Sejarah ayam pegar dan merak biru.. :) sila baca kat situ kalau yang tak bape nak jelas tu buat2 nampak je la ye.. :) kuang kuang kuang... 


Sarang pelanduk.. tapi si pelanduk aku tak nampak rupa.. entah ler dah lari ke mana.. hanya sarang je yang ada.. 



Ni lak sekumpulan ayam pegar yang sedang mencari sesuap nasi, sebiji beras, se se se... kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. hmmm... nanti sambung lagi... bye..