Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, November 21, 2014

DRESS EMMA SEQUIN


Assalamualaikum...

Saya ada menjual Emma Sequin Dress/Jubah yang cantik ini.. 
Harga sangat berbaloi 

Stock ready (21/11/2014)

Sekiranya berminat boleh 

Wassup/Wechat/Telegram
016-5015451

fb@Norahnani Ismail




Restok - order akan d pos ari isnin...

Emma sequin dress
Price : PM laju2...
Material : cotton spandex (stretchable) + sequin
Size : free size ( fit xs to m)

Measurement : 
Bahu :12"-15"
Dada : 30"-34"
Pinggang : 27"-31"
Panjang tangan : 22.5"
Labuh baju : 53"

*ada zip kat belakang baju *

Nak duit kena keje juga..




Assalamualaikum..


Seperti di dalam gambar kan.. malam tadi aku dinner makan nasi goreng je.. alkisahnya.. 
Waktu balik keje dah hampir maghrib.. skrg ni seawal pukul 7 malam.. 

keadaan cuaca yang sangat sejuk sekarang ni juga membuatkan kita jadi leka dan malas nak bergerak kan.. 

Semalam dan balik keje.. kul 6.45 baru sampai rumah.. dengan keadaan hujan lebat dan jalan jem.. seperti yang sedia maklum.. jarak rumah aku dan tempat kerja aku hanya 10km.. tapi mengambil masa 45 - 1 jam nak balik sampai ke rumah di kala waktu kemuncak.. kalau hari tak jem.. hari ahad biasanya.. 10 minit dah sampai.. or lebih sikit 15 minit je.. tapi takper la.. semua orang berpusu2 nak mencari nafkah kan.. waktu tu la waktu ofis buka dan tutup kan..


Bila sampai rumah.. mr mama gi ambil fiyya dulu kat rumah BS.. balik je mandi siap solat dan baru nak masuk dapur.. anak2 yang dok dalam rumah.. hakimi dan haikal tu.. cam burung kelaparan je.. memang lapar sokmo budak laki ni kan.. :) badan kecil.. panjang je.. makan kuat.. hehehe.. syukur alhamdullillah.. aku di kurniakan anak yang kuat makan.. kalau tak makan.. susah pula aku buat makan tapi membazir kan.. Bila aku selak tudung saji,, nampak ikan goreng tergolek 3 ekor bawah tudung saji.. hmmmm nasi sejuk ada 2 bekas.. owhhh.. masak nasi goreng lah.. Toiiiingggg!!!! kuar mentol atas kepala.. aku dok bersimpuh ala2 perempuan melayu terakhir tu.. (aku tipu.) aku dok bersila gaya orang nak bertapa.. sambil ku kopek isi ikan tu.. masuk dalam lesung batu.. tumbuk isi ikan dan aku tumbuk bawang sekali.. kali ni aku buat tak letak sebijik cili pun.. sebab hajat hati nak bagi fiyya makan skali.. hmmm baik kan aku.. emak mithali ni.. wakakakaka angkat bakul jap.. 

Actually ada citer kelakar pasal kupas bawang semalam.. Hakimi anak aku nak masuk form 3 tahun depan.. opss lagi 1 bulan setengah je.. dia dok umah skrg ni.. sbb SPM kan.. cikgu rehat murid2 sbb tak nak gangguan kelas atau sebarang di kala SPM berjalan.. jadi dia duduk rumah... aku bagi gaji ko... RM50 sebulan.. kerja kimi ialah.. Pagi: Sidai kain, Sapu Sampah, Mop Lantai.. Petang: Angkat Kain dan sapu sampah.. kemas apa yang perlu.. Isi air dalam botol untuk peti sejuk.. hmmmm buat keje rumah dapat bayaran.. hmmm aku pun takde... sepatut kimi nak bekerja kat kampung aku.. pasang khemah kenduri.. pasang pelamin dan macam2 untuk majlis kenduri kerja dengan ibu saudara nya iaitu kak yong aku dan tokwan dia.. abah aku lah.. tapi mr mama tak bagi sebab keje berat dan tau la.. sampai kul 3-4 pagi still pasang pelamin dan khemah tau.. kesian juga.. tu mr mama suruh duduk rumah.. buat keje rumah.. sampai pukul 5.30pm je.. sbb kul 5.30 kimi nak kuar main bola.. so macam ofis gak la waktunya.. sabtu ahad cuti.. sebab mama dan abah ada.. hmmm untung kan.. 

Setakat rm50 tu minimum sangat kot.. tapi kimi sangat excited untuk dapatkan rm50 tu.. bila semalam aku suruh kimi bantu aku untuk kupas bawang besar sebiji.. sampai menangis dia.. festime dia kena kupas bawang.. hmmmm bukan aku manja kan anak sangat.. tapi mr mama kata bab makan minum anak biar kita mak pak yang handle.. sampai anak nak umur 15 tahun baru berpengalaman dapat kupas bawang ko.. mana tak nangis dia.. menangis sebab pedih... wakakakakakkaka mama dera ke ni? ok.. dengan bantuan anak ku.. siap nasi goreng kampung tanpa sebarang sayur.. hanya bawang dan isi ikan.. dan sayurannya buncis aku goreng kemudian baru letak atas nasi.. ikan tu goreng 1 slice je.. isi ikan kerapu.. tu pun 1 slice makan 1 family tak habis.. still ada suku pagi ni aku buat sup isi ikan kerapu pulak.. hmmm.. ok.. perkongsian citer remeh temeh dari aku.. :)

Sedikit perkongsian aku kongsikan jadual waktu solat bagi zon putrajaya..