Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, September 23, 2014

Petua untuk Mengempiskan Perut



credit image from google.

credit image from google

Untuk Mengempiskan perut - Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung), Jika mahu bengkung lumurkan atau sapu dekat perut sahaja. amalkan setiap malam.. insyaALLAH.. :) 

Laksa Telor Bersarang

Assalamualaikum...

Al-kisahnya dah buat laksa ni minggu lepas.. hari ni baru berkesempatan nak kongsikan cerita mengenai LAKSA TELOR BERSARANG ni.. 

Tahun lepas famous De-Amous sangat kat kampung aku, pasal adik beradik aku yang merangkap kakak sulong dan adik2 yang sekutu dengannya.. mak, abah aku dok layan LAKSA TELOR BERSARANG camni kat Kuala Kangsar.. bila aku tanya apa nama gerainya.. diorang gelar nama gerai LAKSA POKOK LIMAU.. entah ler sebab aku belum pernah sampai ke gerai tu.. tak tahu la ada pokok limau ke tidak di sana.. 

Mak cerita yang abah aku sebelum nak sambut puasa Ramadhan yang lalu.. sempat dia gi bawa mak makan laksa telor bersarang ni.. walhal abah aku memang bukan la peminat laksa.. kalau mak buat laksa.. abah akan makan nasi.. sebab abah tak mau dan tak nak dan tak minat dan tak mahu makan laksa.. tak tau pasai apa.. yang aku tak dia tak gemor langsung laksa.. 

Yang mak pelik.. boleh pulak dia gi bawa mak makan laksa pokok limau.. lepas dah habis sepinggan laksa.. sepinggan kuah laksa dan telor bersarang sahaja yang abah order.. sebab sedap sangat kata abah.. tapi apa kan daya.. aku dok jauh.. balik pun sekali sekala.. tak merasa la makan laksa telor bersarang kat pokok limau tu... waktu balik raya, dah namanya raya.. laksa pokok limau pun raya.. jadi tak dapat nak rasa gak.. 

Dan makanya.. aku buat lah telor bersarang sendiri.. dan makan sendiri dari air tangan sendiri.. 





Ok.. mula2 goreng telur tu tak menjadi bersarang lagi.. terpaksa aku bukan kali ke2 dan kali ke3.. masukkan telur secara perlahan2 dalam minyak banyak yang panas.. dan dia akan jadi bersarang dan kuning camni.. terbalik kan.. dan biar masak warna yang sama... angkat dan toskan.. memang waktu angkat tu telur masih lembut dan terkulai.. tapi bila dah toskan minyak dan biar sekejap atas penapis tu.. telur sebenarnya dah menjadi garing.. makan lah bersama laksa POJAAN HATI ADINDA DAN KEKANDA... 


Ok la semua... nak kongsi sesangat citer ni since minggu lepas.. tapi banyak hal yang berlaku.. sampai tak sempat nak citer panjang.. :) cuba la ye.. :)