Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, January 20, 2014

Dah 8 Hari demam...

Assalamualaikum...

Lewat apdet hari ni.. dah kul 1 baru nak apdet.. tadi masuk ofis awal.. cuma bawausin (ba-wau-sin) ada... so tak dapat nak bukak laptop ni.. kena la rajin2 wat keje yang mana perlu di uruskan walaupun belum waktu kerja.. skrg ni pula time makan.. aku boleh la nak curi sket masa nak apdet.. sbb bawausin takde dalam ofis.. dia kuar makan KOT! entah.. agaknya lah kan... 

Safiyya dah 8 hari demam.. start hari isnin minggu lepas.. sampai la isnin hari ni.. demam nape? alhamdullillah.. bukan infection darah ataupun denggi.. sebab musababnya.. mungkin (firasat aku) fiyya alkesah demam nak tumbuh gigi atas.. tapi oleh kerana fiyya bila demam takde selera makan atau minum.. makanya tekak nya jadi kering.. bila kering dia batuk la pulak.. bila dah batuk.. sebab tu kekaknya bengkak dan merah.. kesiannya fiyya.. nak kata fiyya cirit birit? takde lah sebab fiyya tak makan.. hanya yang keluar air kencing yang sangat2 kekuningan akibat kurang air.. 

Hari selasa iaitu hari ke2 fiyya demam.. iaitu hari maulidur rasul.. aku dan mr mama dah bawa fiyya ke spital serdang.. takde amik darah sebab baru hari ke2... tapi doktor ada cakap tekak fiyya merah sikit.. balik rumah bagi ubat antibiotik dan demam yang makan pun bagi.. yang ikut bontot pun bagi gak.. cuba semua dah.. tetap suhu badan fiyya tak turun.. makanya hari jumaat lepas.. pepagi hari aku dan mr mama bawa fiyya ke spital serdang sekali lagi.. time ni dah kena amik darah.. makanya hari jumaat tu kena la amik darah sebab dah 5 hari fiyya demam... hasil ujian darah alhamdullillah.. takde tahap bahaya.. so di bekalkan lagi ubat demam dan ORS iaitu sejenis serbuk air garam untuk penambahan minirel dlm badan... balik umah mama buat mcm yang doktor suruh.. 

Sponging kan fiyya.. makan ubat every 6 hours.. tanggalkan baju dan suar.. accept pampers.. biar panas badan fiyya kuar.. tapi hari ke-7 iaitu semalam fiyya masih kuat demam.. mama dah takot nak buat apa lagi pun dah tak tau.. so kali ke 3 lah mama dan mr mama bawa fiyya ke spital serdang.. di spital serdang fiyya dah tak larat.. actually fiyya tak larat since morning.. tapi mama monitor sbb mama berharap agar fiyya kembali aktif dan senyum macam sebelumnya.. namun harapan mama tak kesampaian.. di hospital serdang sekali lagi fiyya kena amik darah.. 2 tube darah nurse amik untuk ujian.. selepas tunggu kurang 1 1/2 jam.. giliran fiyya jumpa doktor.. 

Doktor cakap, alhamdullillah.. fiyya demam bukan di sebabkan denggi.. tahap buah pinggang fiyya dan paru2 fiyya masih sihat.. syukur alhamdullillah.. aku pasti kali ni fiyya demam tak bahaya... cuma fiyya takde energy sebab tak nak makan langsung.. Doktor kata tekak fiyya makin teruk dan hampir bernanah.. sbb tu fiyya taknak makan atau minum.. jadi doktor suggestkan fiyya amik aiskrim.. at least than nothing kan.. mr mama beli walls dalam bekas kuning tu.. aiskrim vanilla.. harapan agar fiyya makan sedikit.. supaya fiyya tak letih.. boleh la.. fiyya makan aiskrim tu 1 sudu besar... tu pun lebih kurang 10 kali suapkan.. 

Berat badan fiyya semakin kurang.. hari tu waktu bawa fiyya ke klinik untuk injection MMR pada umur 1 tahun.. berat badan fiyya 8.5kg, tapi lepas 10 hari berat badan fiyya hilang 200g, skrg hanya 8.3kg.. harap supaya fiyya cepat sihat.. mama sangat rindukan mulut bising fiyya.. kesian fiyya.. fiyya nampak letih dan tak bertenaga.. 



Balik dari klinik 8hb january lepas.. lepas fiyya kena cucuk MMR kat klinik kesihatan puchong.. fiyya ceria walaupun baru lepas kena inject...



Nak bagi fiyya dok diam.. umpankan dengan coklat... so fiyya akan pegang dan cuba nak bukak balutan coklat tu.. jadinya asyik nya fiyya dengan keje nye.. fiyya tak kacau mama drive..



Walaupun hampir tidak dapat buka coklat tu.. fiyya clever.. dia colek coklat tu sikit demi sedikit... :) hmmm gud gurl.. 


Gambar terbaru.. fiyya petang semalam... 19hb January.. Fiyya waktu ni bukan tido.. cuma pejamkan mata tapi masih sedar.. bila aku tak pegang tangan fiyya.. dia celik dan merengek.. bayangkan betapa fiyya lemah.. sampai kain kat atas dahi dia tu pun tak jatuh bila aku letakkan.. fiyya diam je sampai aku alehkan kain dan celupkan semula dengan air.. kesian fiyya.


Ok... aku berdoakan semoga allah memberi kesihatan yang baik pada fiyya.. biar aku yang sakit dari aku melihat anak kecil sakit menderita.. dia belum mampu untuk berjuang.. aminnn ya robbal alamin..