Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 18, 2013

2 Purnama Si Peria dan Si Telang..

Assalamualaikum...

Hari menghijaukan alam semulajadi... sejemput je pun.. tak banyak mana.. tu pun nak kecoh kan.. harap2 jangan ada yang muntah hijau tengok entry aku kali ni.. muahahahaha... 

Kesah si peria and si telang lagi... selepas tempoh hampir 2 purnama ni.. macam ni la rupa si peria dan si telang.. masih di peringkat keanak-anakan.. belum lagi cukup umur untuk mengeluarkan hasil.. berbunga dan gugur lepas tu berbunga lagi dan gugur.. mungkin saat ini adalah peringkat main2 macam anak kecil kot.. kan.. entah ler.. aku kurang mahir bab bercucuk tanam ni.. kena tanya yang lebih mahir dan berpengaruh kuat menanam tanaman dan sayuran gitu kan.. setakat main semai campak2 dalam tong ais tu je la aku buleh.. ni pun harapkan org lain siramkan.. nak harap diri sendiri? selalu lupa je.. sbb jarang2 skali aku ke balkoni tu.. yang sidai kain mr mama.. kimi atau kinah.. kalau aku yang jejak kaki ke balkoni tu mungkin aku pun ambil tahu jugak kan.. ehhh... ok ok.. faham.. nak seribu daya.. tak nak seribu daleh.. muahahaha.. 

ok.. dah.. nak citer sket tentang hari semalam... alkesahnya... semalam start dari lunch sampai ke balik umah kul 8 sampai ke nak tido kul 9 sampai la dah tertido kul 10.. bayangkan.. cuba korang kira.. mau 8 jam lebih aku menahan mata aku yang sangat2 mengantuk giler nak mampos tau.. tak tau la pasai apa yang mengantuk tahap gaban lawan dinasour tu.. aku pun heran bukan main bin ajaib binti impossible sangat tau.. mengantuk yang  bukan di buat2 dan tak boleh di tahan2 lagi.. terrrrrsangat lah mengantuk giler tu.. dalam pada dok berhadapan dengan bos pun aku rasa cam nak pejam mata.. time drive nak balik keje tu jangan cakap ler.. terpaksa aku on aircond kete tu sampai high skali.. buleh la tahan bukak mata ni.. sampai ke tempat keje mr mama lepas drive 15 minit tu.. terus tukar tempat aku dah tak tahan.. balik umah lepas amik fiyya kat rumah BS sempat gi rumah pak sedara aku kat belakang umah.. beraya la kata orang kan.. pun mengantuk jugak selepas minum secawan air oren.. balik umah waktu maghrib tu lepas dah mandi bagai.. pun masih ngantok.. sampai dah telan nasi sepinggan pun.. al-masih mengantuk giler.. agak2 korang la penyakit ke mengantuk ni? aku ni kalau takde nak tengok anak kecil tu, aku dah tido dah.. tapi aku kena main2 dulu and dengar hal ehwal anak2 dulu sebelum tido.. kena la tunggu jugak sampai kul 10 malam.. lepas anak2 balik mengaji quran kan.. dinner and sampai la diorang free dan buat keje sendiri.. baru leh angkat kaki masuk bilik.. hmmmm.. tu la citer aku semalam.. penyakit mengantuk ... 


si telang yang masih bantut walaupun seusia dengan si peria.. yang menjalar tinggi .. 



Si peria yang sangat galak menjalar.. merata2 dah dia gi.. walaupun hanya sepohon.. tu pun dah agak rimbun bagi aku.. (excited la kan.. ) 


tengok tu.. bunga si peria yang makin banyak.. dan makin menjalar2 di atas grill tu.. kan.. :) 


Ok lah.. esok cuti.. nasib baik keje cuma 3 hari.. syok gak kalau keje 3 hari.. cuti 4 hari.. muahahahahhh (wat company sendiri ler kan.. :P ) ok ok.. faham.. !


k.. bai.. 



Thursday, October 17, 2013

Roti sardin goreng berkastad rangup..

Assalamualaikum...

Hari ni apdet sket.. kesahnya hari ni fiyya dah sihat.. alhamdullillah.. dah kebah demam dan makin aktif dan aktif.. bersyukur sangat sbb anak kecil mama dah makin pulih.. senang hati bila tengok anak kecil senyum dan menjerit2 tanda makin gembira.. syukur ke hadrat ilahi..

Raya ke-3 makanya hari ni hari terakhir raya haji untuk tahun 2013.. insyaALLAH.. 

Al kesah semalam balik keje terus amik mr mama dan terus ke rumah BS amik fiyya.. sampai rumah BS mula la report macam2 kita dengar dari BS.. semalam fiyya baik.. tak banyak nangis dan selera makan.. tapi menyusu botol je agak kurang.. balik umah mr mama buat kari daging.. aku amik sket sup tu and masukkan nasi lembut bagi fiyya makan dinner.. berselera jugak fiyya makan smlm.. walaupun dalam kiraan dewasa hanya 3 sudu besar makan.. tapi untuk fiyya kiranya 10 sudu kecil kot.. :D hehehe.. sket2 je suap.. kan baby kecil.. hihihihi

Jom.. ni pulak roti sardin goreng berkastad aku goreng hari ahad lepas.. ingat nak buat goreng bersalut telor.. tapi tak jadi pulak.. tak pasal2 kang telo 30 bijik tu kejap je dah licin.. hmmmm kalau korang nak tahu rumah ni kalau telor ayam tu.. 30 biji kira 1 tray tu, genap seminggu je dah licin.. 2 minggu 60 bijik.. kira lah kalau sebulan.. uwaaaaaaa nanti membuang pun keluar telo belaka.. muahahahahahahaha.. oppsss terlebey sudah.. :P hehehehe.. 

Moh citer lain.. aku buat sardin and lenyek2 isi dalam roti tu.. lepas tu potong 2... takde seni2 bagai sebab nak buat ni pun racing macam mat rempit tu.. fiyya dok pekik2 memanggil.. so sekali goreng sekali bertempek kat fiyya.. sib baik setiap kali goreng tu takde yang buruk2 rupa atau hangit.. :) 

Aku guna 4 sudu tepung gandum, 2 sudu tepung kastad.. (tu lah sebabnya warnanya macam keemasan tu) dan 1 sudu kecil garam halus.. :) kacau rata lepas tu masukkan 1 sudu besar bijan hitam.. tu je.. goreng dalam minyak panas sampai garing.. :) nyam nyam.. boleh makan gitu saja ataupun cicah dengan sos dan mayonis.. (oppss teringat sudah mayonis yang UMMUAIDAN buat tu.. sedapnya.. ) ummu ialah sahabat blogger yang tinggal di negara FIJI.. dan negara yang mempunyai hanya segelintir fijian yang beragama islam dan di sebabkan tinggal di negara yang kurang penduduknya yang beragama islam.. maka sangat lah susah untuk penduduk beragama islam mencari produk makanan yang halal.. dan begitu ummu juga rajin di dapur sambil menghasilkan macam2 bahan dan makanan yang sedap.. eh.. sorry ummu.. banyak citer pulak kan.. ok lah... 


Roti sardin goreng.. 


nampak tak.. roti den bertengkek tengkek.. hahahah.. 







hmmm.. dalam kuali pun sempat snap tau.. kau hado? hahahahahaa

k. bai.. 

Wednesday, October 16, 2013

Juadah kami di Aidiladha.. :)

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha.. kita masih di hari raya ke-2 hari ni.. :) , aku tak balik kampung tahun ni, seperti juga tahun lepas di mana aku sarat mengandungkan fiyya dulu.. sakit tulang belakang yg amat sangat dan menyebabkan aku tak dapat duduk lama dalam kereta di mana perjalanan ke kampung yang mengambil masa lebih kurang 4 - 5 jam sehala.. :) termasuk dengan berhenti di petrol stesyen dan juga makan la tu.. Dan tahun ni aku tak balik di mana mr mama bekerja di hari isnin.. dan keadaan fiyya yang tidak mengizinkan.. alhamdullillah.. berkat hari raya aidiladha tahun ni.. fiyya dah sembuh dari demam, tapi masih on medication.. antibiotik untuk kemerahan di tekak fiyya.. 

Fiyya agak sukar makan dan minum bila dia demam sampai ke hari ini.. masih bergantung 80% kepada susu badan sahaja.. yang lain hanya air masak putih dan e.t.c 

Semalam bersama2 ribuan umat islam aku dan family, (mr mama, hakimi, haikal dan fiyya w/o kinah) ke masjid Taman Putra Perdana untuk menunaikan solat sunat hari raya.. dan lepas tu kitorang gerak ke Kajang kejap.. lepas dah settle kat Kajang kitorang singgah pasar mini beli lauk pauk stock untuk seminggu waktu aku dan mr mama keje ni.. :) alhamdullillah..

Tak dapat daging korban pun tahun ni.. mungkin takde rezeki nak makan daging korban tahun ni.. tak per la.. rezeki orang lain kan.. :) 

Ok lah.. jom... semalam aku wat Kari Ketam.. versi aku.. pekat bersalut kuahnya dengan ketam tu.. aku beli Ketam Harimau je.. sbb harganya lebih murah dari ketam bunga yang di mana harga nya  mencecah ke rm23/kg.. mau 2 ekor dah cukup sekilo.. atau pun lebih kot.. kan.. cukup lah sekadar mampu kan.. :) 



Kari Ketam :)








Ni pulak aku gorengkan kacang buncis bersama isi ayam.. cukup lah sebab aku tak boleh lelama kat dapur tu.. fiyya menjerit2 bila aku takde depan dia.. nak menempek je ngan aku.. malah bila aku ke bilik air pun menjerit2 fiyya.. dah makin aktif bila fiyya menjerit tu.. maknanya dia dah boleh main dan makin pulih dari demam.. :) lagi 4 hari untuk habiskan antibiotik... fiyya yang susah benor nak makan ubat tu.. memang payah jugak nak suapkan kat dia.. tapi tak per.. aku pegang dua2 belah tangan fiyya tu untuk senangkan aku picit ubat ke mulut dia.. lepas habis je ubat terus fiyya terkam nak minum nenen.. hmmm macam tu ragam fiyya setiap kali nak makan ubat .... 

ok lah semua.. :)

Hari ni dah keje.. :) selamat bercuti pada yang masih bercuti.. dan selamat bekerja pada yang dah bekerja macam aku.. :D

Sunday, October 13, 2013

Fiyya yang under recovering..

Assalamualaikum..

Hari ke-4 fiyya tak sihat.. fiyya masih lemah dan mengambil masa untuk pulih dari demam.. kesian anak mama.. fiyya agak susah nak makan ubat.. kalau cakap je kat fiyya.. "jom makan ubat jom" fiyya terus pusingkan muka nye ke arah lain.. atau pun fiyya cari nenen untuk raih simpati dari mama.. hmmmm sabor jer yer.. macam lah mama tak tahu yang fiyya memang susah nak makan ubat.. sebab abah fiyya dah citer kat mama.. yang fiyya susah nak makan ubat waktu  mama kat tempat keje hari jumaat tu... kesian anak mama... hanya mampu abah jelum kan kepala fiyya dengan air rendaman asam jawa.. lepas tu fiyya tido lena.. even susu botol langsung fiyya tak nak minum.. tak tahu lak mama kalau2 ada bengkak kat tekak fiyya yang menyebabkan fiyya tak nak minum tu.. tapi bila minum nenen fiyya cam biasa.. sentiasa bergayut.. tapi tengah2 malam fiyya tak dapat tido lena.. asyik terjaga mungkin kerana cuaca malam yang lebih sejuk.. kesian kan.. budak2 ni kalau demam mmg kesian sungguh kita tengok.. biar kita yang sakit demam tak per.. jangan anak2 yang sakit.. sampai kita tak boleh wat apa memandangkan dia yang agak lemah tu..



gambar fiyya tido ni mama amik malam tadi.. waktu fiyya tido di pangkuan mama dah mama alehkan fiyya ke bawah.. nyenyak betul kalau tido waktu ni.. 


mama cuma pakaikan fiyya baju.. sebab nak tutupkan dada fiyya dari udara masuk.. fiyya pakai pampers dengan baju je.. 

hari ni fiyya nampak semakin ceria.. tapi masih lemah dan bergantung pada ubat syrup paracetamol yang doktor berikan.. harap2 fiyya sembuh dalam masa terdekat ni.. lusa dah Hari Raya Qurban.. :) harap2 dapat bawa fiyya gi masjid pagi raya nanti.. :) kan.. 

Friday, October 11, 2013

Tak bawa bekal akibatnya...



Assalamualaikum..

semalam kuar dari opis hujan lebat, tapi schedule tak payah amik mr mama kat tempat keje dia, sebab mr mama gi PWTC ada exebition kat sana, lewatlah mr mama balik keje last nite, kira-kira kul 9.45pm baru aku amik mr mama kat tempat keje dia malam tadi.. al-kisah sekarang ni kete mr mama tersadai kat parking tu, blom ada bajet nak baikpulih kan kete dia, makanya kitorang kongsi transport ke tempat keje, jadi aku lalu tempat keje mr mama untuk sampai ke ofis aku, jadi boleh la dia tumpang ngan aku waktu nak ke tempat keje, cuma awal sikit lah aku kena kuar rumah dari biasa sbb mr mama masuk keje kul 8.30am dan aku lak masuk kul 9am, jadi kul 8am dah kuar dari rumah, drop mr mama depan tempat keje dia and aku terus ke ofis aku yg jaraknya dalam 5 km dari situ.. x per la kan, jimat kan minyak jugak dalam keadaan ekonomi dan kenaikan harga petrol be baru ni.

semalam amik fiyya, sebenarnya fiyya demam since pagi semalam, tapi dah bagi ubat kebah la dia, main semua ok kata BS, time balik keje tu memula ok, tapi bila dah kul 10 camtu fiyyq dah demam semula, pagi ni bangun tido pun still panas badan fiyya, aku dan mr mama bawa fiyya gi klinik pagi tadi, aku masuk keje lewat sikit sebab transport 1 kan.. demam fiyya tadi pagi 39.00 darjah, doktor kata kalau still demam lagi sampai esok kena bawa fiyya semula untuk cek darah pulak.. hopefully fiyya dah tak demam dah kan esok, aminnnnnnnnnnnn..

and hari ni mr mama cuti emergency untuk jagakan fiyya.. bukan aku suruh pun malah aku nak mr mama cuti hari ni jaga fiyya kat rumah, isnin ni lak aku cuti sebab bs cuti.. so pagi ni nak bawa fiyya gi klinik, x sempat masak apa2 untuk bekal.. tengah hari tadi bungkus mcvalue lunch dari mcD lah jawab nya..

ok la yer..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT BALIK KE KAMPUNG untuk yang pulang ke kampung tu, hati2 memandu yer.. 

k.bai

Thursday, October 10, 2013

Fiyya demanding...

Assalamualaikum.... 

Pagi ni macam biasa, sebelum masuk keje time fiyya masih tidur nyenyak, aku gigih apdet blog.. sebabnya kat opis takde chance nak apdet kat hp.. dah lama sangat tak apdet kan.. rindu ngan bloggers rapat semua.. :) hari ni berbaki gambar2 bersama keluarga di hari Konvokesyen adik bongsu kat Putrajaya.. :)

Selepas habis je konvo, siap bergambar bagai.. kitorang terus nak makan.. isi perut kosong tu dulu.. aku singgah kat Percint 9 , Putrajaya.. bawa mak.abah dan yang lain gi makan dulu.. sebabnya selepas tu mak.abah dan adik nak terus balik ke Taiping.. tak bermalam dah di KL... tak jumpa lagi la lepas ni.. entah bila.. yang pasti Raya AidilAdha nanti pun aku tak balik ke kampung.. beraya bersama anak beranak dan Mr Mama je kat KL ni.. :) schedule belum pasti macam mana.. 

Lepas dan habis makan kitorang bertolak balik ke Puchong dulu.. sebab kak ngah naik kete aku skali ke Putrajaya.. dia parking ketenye kat rumah aku.. so balik amik kete dia and mak.abah pun nak bertolak balik terus ke Taiping melalui jalan biasa.. (bukan highway).. Kuala Selangor - Sabak Bernam - Telok Intan - Pantai Remis.. :) jalan ni aku panggil jalan kampung.. sebabnya suasana yang mendamaikan berada di sepanjang perjalanan tu suasana kampung belaka.. :) tu yang best.. kalau Hakimi, mmg dia suka perjalanan balik ke kampung ikut jalan ni.. sama dengan mr mama.. sebabnya mendamaikan.. kan.. :) 

Ok lah.. jom tengok gambar yang aku amik kat food court Percint 9 tu.. :) 


Safiyya.. masih bersabar bila aku tinggalkan dia di kerusi ni.. :) walaupun sedikit gusar dalam hati sebab aku masih tak duduk2 kat sebelah dia.. sebenarnya fiyya sangat lah tidak mahu dekat orang lain.. melainkan aku, mr mama. abang2nya dan kakak sakinah dan hanya BS je.. lain2 semua fiyya tolak.. nangis terus tu.. tapi bila nampak fiyya dengan wan, sib baik boleh la layan sikit.. tak lah terus teriak kuat2 tu... tapi ada masa je.. kalau tak kena time tu melalak gak di buatnya.. 


Paling muka ke lain.. sebab wan dok panggil fiyya... :) 



Time ni wan nak sembang2 ngan Fiyya.. langsung nangis kuat.. hahahaha


Tengok muka fiyya.. kan kan.. nangis sudah.. 


Mama nak ubatkan fiyya tu.. mama kasi fiyya timun.. jadi lah fiyya.. timun pun boleh la kan.. :) 


Sedang menjamu selera.. :) memasing dengan makanan yang di pesan.. :) puas hati sebab dapat menjamu selera mak.abah dan yang lain sebelum berpisah.. :) 


Abah dah siap makan time ni.. tengah bersembang.. tu mangkuk depan abah tu aku nye mee rebus.. :) boleh tahan sedap mee rebus tu kat sini.. lenkali leh order lagi.. mak.abah pun rasa.. katanya kuahnya sedap.. cuma yang kurang cucur dalam mee rebus tu.. :) tak per lah.. yang penting sedap kan.. :) 

Ok lah.. gambar tuan tanah kedaung tak sempat amik.. sape nak amik? 

k bai...

Wednesday, October 09, 2013

WW: Majlis Konvokesyen Adik Bongsu.. PICC


Assalamualaikum.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi dan masih masuk rumah aku ni walaupun agak berminggu gak aku tak kemas.. pertama skali aku nak kaborkan... yang sememangnya agak susah aku nak berblog sekarang ni.. dek kerana kat opis dah kena block.. tak boleh masuk block atau pun ke pesbuk... dan setiap kali aku meninggalkan komen atau melawat kawan2 yang hanya mampu melalui handphone aku yang kurang canggih itu.. terhad jugak lah panjang kaki aku nak merayap ke satu blog ke blog yang lain.. dan juga sekarang ni dah boleh labelkan aku sebagai pekerja yang sangat berdisiplin.. kalau ada anugerah pekerja cemerlang kat ofis aku tu.. sah sah aku yang dapat.. sebab aku sorang je kerani cabok kat situ kan.. hahahahaha.. okey lah.. nama WW kan.. wordless wednesday.. so ni pun dah bebel banyak.. 

Nak di citer kan ni.. 7hb October (isnin) berlangsungnya Majlis Konvokesyen adik bongsu aku.. Muhammad Farez Wahidi.. penerima dip dalam jurusan pertanian .. alhamdullillah.. mak.abah datang dari kampung untuk menghadiri majlis tersebut yang berlansung di PICC iaitu Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya of coz.. :) 

Moh kita tengok gambar.. jom.. 


Hadiah comel ini lah yang hanya mampu aku berikan pada adik bongsu aku ni.. sebagai tanda sokongan dan keceriaan nya di hari tersebut.. sama bulat cam dia kan.. :P 


Mak, Abah, Farez, Sakinah, Hakimi dan Haikal yang turut hadir.. :) dan juga memberi sokongan pada paksu.. :) 


Aku.. kanan.. fiyya dan kiri tu kakngah aku.. yang turut hadir.. :) hanya kami berdua adik beradik dok KL ni.. so kitorang lah yang wajib turun padang skali kan.. :)



Mak & Farez.. :) nampak dari air muka mak.. kegembiraan yang tidak dapat di gambarkan lagi.. 


Abah & Farez... abah juga yang turut mengalir air mata kegembiraan tatkala adik naik di pentas.. 


Mak & Abah.. :) 


Kimi & Haikal... adik beradik yang macam kucing dan tikus ni, hmmm.. 


Akhir skali... mak.abah dan farez.. :) 


Okey.. insyaALLAH.. aku akan semula aktif berblog lepas ni.. tapi hanya kat rumah je aku mampu apdet.. kalau kat opis nak merayap pakai phone je lah.. :) 


k. bai.. 

Thursday, September 26, 2013

Setelah 2 Hari... :)



Assalamualaikum....

Setelah 2 hari.. (seperti tajuk di atas).... 
Ba wau sin (b.o.s) takde.. gi ganu.. ingatkan seronok lah bila bos takde kan.. rupanya tidak.. bermimpi itu lebih indah... sebab musababnya.. kerana bukannya apa.. bila ba wau sin tak de ofis.. dia akan lebih kerap untuk call ofis tanya itu and ini.. kadang2 uOls akan rasa seperti ba wau sin ada di sebelah sahaja.. walaupun UOls tahu yang dia sebenarnya di luar kawasan liputan.. hmmmm.. 

Semalam aku datang keje.. bukan main ceria.. siap bawa roti canai 2 keping lagi.. nak melantak.. tapiiiii kul 9am je terpacak jam tu.. terus berdering2 telefon ofis.. ba wau sin yang call.. tanya itu lah.. ini lah.. kelang kabut di buatnya semalam.. segala wasiat2 untuk dia dah aku buat sebelum dia berangkat ke ganu tu.. tapi nak gak call tanya aku.. mana surat tu? mana benda ni? mana benda tu? walhal aku bagi kat tangan dia segala2 benda tu.. and who's to blame? 

Macam lah aku dok sebelah dia kan.. kalau dok sebelah dia boleh la aku tolong cari kan... ye tak? hmmmm wo pu ce tau... *bahasa mandarin*... ngo em ci ooo * bahasa kantonis*.. 
hmmmm bila jawann wo pu ce tau.. dia boleh kata.. i don want the answer.. give me a postive answer.. then??????????? what u want me to answer u...? adoiiiii >> ni cakap dalam hati lah.. << tak berani aku nak jawab depan dia camtu kan.. walaupun on the phone... hahahaha.. 


Ok.. hari ni hari ke 2 dia di ganu.. macam2 hal.. hari ni masuk ofis je dah bizi.. apdet ni pun dah sampai 2 jam tak settle2 lagi tau.. 

Jom lah tengok gambar fiyya.. agak susah juga nak amik gambar anak dara ni skrg.. kalau suruh dia pandang camera nak je dia datang capai.. gambar goyang ler.. gambar blur lah.. mcm2 juga nak dapatkan gambar anak dara ni.. :) 



Di living hall.. tengah2 main ni.. boleh pulak dia merengek nak ajak masuk bilik.. Safiyya kalau tido je dia tak nak tido merata tempat lain.. contohnya di living hall.. sambil2 mama nak tengok tv pun dia tak kasi chance.. dia nak tido dalam bilik jugak.. di mana tempat pertama yang dia masuk dulu.. (selepas balik dari hospital bersalin dulu, terus fiyya di bawa masuk ke bilik utk tido dan berehat.. ) hanya situ lah dia boleh lena tau.. 

And tempat lain dia boleh tido ialah di dalam kereta.. senang je dok dalam kete tu kadang2 sambil pegang biskut jari pun dia lelap.. gamaknya sejuk kot kan.. hihihiih



Tengok.. mama memang takde keje.. mama bunjutkan sapu tangan abang haikal di 4 bahagian bucu tu.. and mama letak atas kepala fiyya.. sebabnya mama teringatkan dulu waktu mama kecil2.. nak gi kenduri or mana2 keraian bersama arwah tok.. oleh kerana payung tak cukup redup untuk menutup kepala kanak2 yang kecil dan suka berlari sana sini.. arwah tok akan bunjutkan sapu tangan nya di 4 bahagian bucu tu.. dah di serkupkan ke kepala aku.. jadi lah cover untuk menghalang kepala cucunya ni dari terkena pancaran matahari panas tu.. betapa sayangnya 

Fiyya dah tak suka ada barang apa atas kepala dia.. tangan je pantas nak tarik je.. geram tengok.. tapi bila dia dah asyik dengan benda lain... mungkin dia sendiri lupa yang mama dah letak benda atas pale dia.. hehehe.. :) asyik tul kan.. apa yg di perhatikan fiyya? mr mama tengah sembang tu.. 



Ini lah ragam fiyya kalau dah atas katil.. nak tido je lah.. main2 kejap lepas tu nenen.. kejap dah lelap.. :) 

Ok lah.. nak lunch dah ni.. sok sambung citer ye.. 

Tuesday, September 24, 2013

Butter cake berkaler...

Assalamualaikum...

Macam yang aku cakap... semalam sangat lah bizi.. aku balik pun lewat sikit dari biasa.. 6.15pm.. ye lah.. lewat 15 minit pun kan.. itu pun nak kecoh.. sebenarnya aku selalu punch card sharp punya bila time out tu.. macam2 aku kena wat kalau lepas waktu keje.. pertama smlm aku kena pick-up mr mama dari  tempat keje dia.. lepas tu amik fiyya.. lepas tu amik hakimi kat skolah dia... tapi dah agak lambat.. mr mama call sakinah untuk tolong amikkan fiyya kat rumah BS.. sbb dah dekat kul 7 pun.. 

Ok.. nak citer aktiviti on sunday... al-kisah aku beli telo banyak kan.. so macam2 la aku nak wat.. karamel telor la.. kek karamel lah.. and oleh kerana tak larat nak buat yang susah2.. makanya aku cuma buat butter cake.. tapi oleh kerana nak kan ianya nampak cantek.. aku just tambah kan kaler2 je.. 

Resepinya macam biasa aku buat dulu.. tapi kalau ada yang masih nak tahu.. aku akan citerkan di bawah gambar.. :) ok ..


Butter 230gm... 
Gula 1 cawan aku blend halus..
Telo ayam gred A 4 biji..
Susu tepung bancuh dengan air suam 1/2 cawan..
Esen vanilla + serbuk penaik 1 sudu
Tepung 2 cawan di ayak .. supaya ringan..


Mula2 putarkan butter dan gula sampai kembang.. lepas tu tambahkan telor ayam 1 persatu.. kemudian tambahkan esen vanilla.. pukul rata... tambahkan tepung yang di ayak bersama serbuk penaik.. dan pukul sebati... setelah itu masukkan susu yang di bancuh ke dalam adunan tepung.. kacau sebati..



Bahagikan kepada 4 bahagian warna.. :) ikut suka warna apa yang anda suka..



masukkan ke dalam dulang yang dah di griskan dengan butter.. :) 
bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah.. 
cucuk di bahagian tengah dengan lidi utk mengetahui kek sudah totally masak..



Siap untuk di makan.. okeh... 




Monday, September 23, 2013

Peria berbunga sudah...


Assalamualaikum..

Happy monday blues semua..
Dah sarapan ke blom? 
Aku makan samosa je 2 bijik.. mr mama belikan pagi tadi waktu hantar sakinah gi skolah.. skrg ni aku ngan mr mama gi keje skali.. so 1 kete je gerak.. sbb kete mr mama rosak.. 
Sian mr mama kan.. 

Ok.. berbalik pada citer monday kita.. hari ni for sure lepas bos masuk aku akan bizi... sebab esok dateline submit 1 lagi tender.. huaarghhhh.. jangan nanti ada yang naik tanduk kerbau lah.. :) 



Pokok yang dah 4 minggu aku tanam... akhirnya pokok ni menunjukkan bunganya.. 
bunga berwarna kuning.. mungkin tak lama lagi kuar buah.. kan kan.. :) aminnnnn



shoot dari bawah, nampak atas grill balkoni je kan.. hmmm.. merayap sampai ke bumbung dah.. 



Ni la sepohon peria yang bergayutan tu... 


ok.. aku nak sembang banyak kat sini tak sempat lah pulak.. so citer pendek harini..
sok sambung lagi.. citer lain pulak.. 

k.bai..