Wednesday, November 30, 2011
Resepi Pavlova...
Resepi Pavlova....
By; LemonGrass
>> 4 biji telur ayam size A (ambil putihnya sahaja)
>> 1 cawan gula castor (kalau tak suka manis, kurangkan gula)
>> 3 sudu kecil tepung jagung
>> 1 sudu besar cuka masakan
Caranya
>> Pukul telur putih sampai berbuih dan putih lembut, lepas tu masukkan gula sedikit demi sedikit secukup rasa.. pukul lagi sampai jadi bertanduk dan tak tumpah kalau di terbalikkan mangkok tu.. test la, kalau tumpah abis semua jatuh ke lantai.. ehehehe..
>> Masukkan cuka dan tepung jagung dan cuka masakan tu.. gaul dengan senduk secara berkaup sampai sebati.. lembut2 sket, jangan kasar sangat menggaul tu.. kang tak pasal2 bentan.. ehehehe.. :P
>> Dah sebati, sendukkan atas dulang yg berlapik paper bake (lupa nama paper apa tu), lepas tu ratakan secantik mana yang nak, guna butter knife ke, senang sket nak ratakan bancuhan tu.. tak caye cubalah..
>> Bakar dalam oven 140 - 150 C, suhu jangan tinggi sangat sebab nanti kat luar dah hangit, kat dalam blom masak lagi,, sape susah? hihihi.. so jangan tinggi kan suhu, mentain je 140 atau 150 je,, bakor selama 50 minit tau.. bila dah time out, biar pavlova dalam oven tu sampai oven sejuk, baru kuarkan pavlova tu.. sbb kalau kuarkan terus takot nanti pavlova merekah dan pecah2, kalau degil juga buat la ikut suka.. hihihi
Tapi kalau ikut teknik yang LG bagi tau, betullllll crispy kat luar lembut di dlam.. and cantekkk sangat.. :)
>> dah kuarkan pavlova tu, decorate la dengan buah2an.. seelok2nya buah yg agak masam, baru sedap.. tapi before letak buah2an tu, letak lah whipping cream yang dah di pukul lembut jadi cream kat atas tu.. baru lah letak buah.. sedapppppp... dah siap, leh potong and makan.. ngap ngap ngap.. sedapppppppp...
Monday, November 28, 2011
Pavlova oOOo Pavlova.. :)
Assalamualaikum...
Pejam celik, pejam celik, jap je dah nak keje esok, tak puas kan cuti 3 hari.. rasa cam nak cuti 4 hari, 5 hari, ke sebulan ke.. ngeh3.. nak cuti lama2 tak bleh, lumrah suri bekerja camni lah.. kalau ada cuti public holiday boleh la extra2 nak amik.. kalau cuti tahun tu kena pekin2 cuti sbb nak kena contra betul2 bila time nak amik.. betul kan.. ?
Ni 1st pavlova, teringin sangat nak makan pavlova ni, dah lama dah.. sejak tengok dalam blog Lemon Grass tak lama dulu.. sedap sangat bila dia tulis kata anak bongsunya suka sangat makan pavlova ni, sampai bila besday dia nanti pun dia request pilih pavlova daripada kek.. hmmmm sampai camtu kan, sure sedap sangat. so terus print resepi kak LG, simpan2 tapi skrg baru sampai seru buat.. memang sedap, senang je nak wat, teknik2nya pun mudah sesangat.. :)
yang gambar kat atas ni.. pavlova baru masuk oven,, yang bahagian kanan nya pulak dah siap kuar dari oven, dan dah siap deco..
aku pilih untuk letak buah manggo dan sour plum kat atas pavlova tu.. memandangkan 2 jenis buah ni yang ada stok dalam peti sejuk.. so habiskan stok lah.. :)
Ni lak dah potong, tapi lom makan, suka tengok warna di dalam yang putih melepak tu, mmg lembut gak kat bahagian dalam tu.. nyum nyum.. tak sabar nak test time ni.. hehehe..
nyum nyum.. nak masuk mulut dah ni.. hehe.. dapppnyer..
yang ni dah kurang sepotong.. sebab dah makan.. hehe.. sedap, lembut, crispy bahagian luar dan lembut di dalamnya.. ni pun agak manis gak, itu pun setelah kurangkan sukatan gula..
memang sesuai lah wat desert kan.. makan sebagai pemanis mulut.. :) lenkali nak wat lagi, sebab senang je nak wat ni.. hehe.. thanks kak min sbb bagi resepi terus kat blog tu.. tak sia2.. sbb ramai bleh follow.. :)

Sunday, November 27, 2011
Kek Karamel Pelangi ke-3..
Assalamualaikum...
Semalam petang, selesai semua keje rumah, dok sesaja tu, teringat lak nak makan lagi kek karamel.. so apa lagi.. jadi lah kek karamel yang ke-3 hasil dari dapurku.. ;))
Kek karamel yang ke-3 sebelum di steam bath kan..
Dah sejuk, terus terbalikkan, potong.. nahh.. siap dah tinggal hampir separuh, Que menunggu nak makan kek karamel ni..
Nyummyy, dah siap potong, sebelum makan, posink dulu kek karamel ni.. hehe..
Nak suap dah ni.. nyum nyum... dapnyer.. puji hasil kerja sendiri.. sape lagi nak puji kan.. tapi kek ni memang sedap, sekejap je kalau wat dah nak abis.. sebekas tu kira sehari dah boleh abis.. mmmm mendapat sambutan dalam rumah ni, sebab kek ni tak manis, yang membuatkan manis kek ni karamelnya kat atas kek tu, tu yg sedap tu, bukan lah manis melampau macam sesetangah kek kan.. tak boleh tambah kalau makan sepotong dua tu..
Resepi kek karamel pelangi:-
ambil dari blog kak ita (masam manis) + e-na Lovely kicthen..
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Wednesday, November 23, 2011
Sambal tumis ikan bilis petai..
Assalamualaikum...
Sambal ikan bilis petai, hmmm ni request dari en.abang la.. sape lagi kan.. dulu2 dalam rumah ni kalau masak sambal petai tak laku.. cuma en.abang sorang je makan.. tapi sekarang ni, cuma haikal je yang tak makan.. org lain semua makan.. kalau setakat nak beli 2-3 papan, lekat celah gigi je.. ehehe.. ni en.abang beli petai yang berlemak siap kopek kat dalam pek masa gi pasaraya hari isnin lepas.. so smlm wat masak sambal petai la.. apa lagi kan.. ehehe.. :) laku sangat, cepat je abis, tak payah nak panaskan 2-3 kali pun.. hehe
ni pinggan aku.. konon2nya nak makan sket, syuuhhh.. 2 kali aku tambah tau.. hahahaha.. ;)) lagi2 makan ngan nugget ketam tu, lagi la bertambah sedap.. :) hmm.. nyummyyy..
nugget ketam ty goreng kat haikal.. tapi mama amik 2 bijik ek.. nak makan ngan nasi sambal.. :) mama ni kalau makan tak de lauk goreng tak sah.. jadi cam tak cukup forum.. kurang2 pun nak telo goreng ke... selalu camtu.. dah biasa kot dari dulu..
Tuesday, November 22, 2011
Hari Penyampaian Hadiah Tadika - Haikal
Assalamualaikum..
Hari ni apdet pasal Hari Penyampaian Hadiah tadika haikal, yang di buat pada sabtu malam 19/11/2011 lepas.. alhamdullillah, haikal mendapat tempat pertama untuk 4 years, dan malam tersebut berlangsungnya acara menyampai kan hadiah dan juga sijil2 kepada pelajar..
detik2 nak menghantar haikal ke sekolah tadika mula2 dulu mmg amat lah susah, dan agak payah nak lupa kan dari ingatan.. mula2 awal tahun, setiap hari terpaksa berdukong haikal dan bagi kepada sir (guru lelaki) yang mengajar haikal, mama pergi keje dengan perasaan sedey kerana terpaksa memaksa haikal bersekolah walaupun haikal baru umur 4 tahun.. sebenarnya mama nak haikal cepat pandai,,,, mama nak latih haikal dari awal mengenal alam persekolahan.. hari2 selama 6 bulan mama datang keje lewat, sebab haikal tak nak di tinggalkan.. setelah habis cuti penggal bulan 6, baru haikal nak turun kereta sendiri, baru haikal nak masuk pintu pagar sekolah sendiri tanpa di temani mama.. alhamdullillah.. kuasa allah.. haikal dah mula ada minat nak pegi sekolah.. masa peperiksaan pertengahan tahun, haikal dapat no.2 dalam kelas.. dan haikal menangis sebab tak nak angka 2 yang dikatakan tu.. haikal merengek2 nak no.1 gak.. camne nak wat.. tak kan suka2 nak bagi haikal no.1 sedangkan haikal no.2... kan kan..
Akhirnya peperiksaan akhir pada minggu ke2 terakhir tamatnya sesi persekolahan tahun 2011, akhirnya haikal mendapat no.1.. tercapai juga hasrat haikal nak dapat no.1.. hepi sangat haikal bila dapat no.1.. macam la paham sangat kan apa yg ada pada angka 1 tu kan.. hmmmm ni la baru namanya kecil2 cili api kan.. eheheh..

Gambar haikal di ambil
masa tengah bermain di playground kat tadika... Haikal bergambar kenangan (4 years) 2011 sebelum upacara bermula.. :)
Gambar haikal dan kawan2 4 years sedang membuat persembahan lagu fasyen show sebelum upacara penyampaian hadiah...
Haikal dan sahabatnya Afiq, bergambar kenangan sblm majlis perpisahan pada malam tersebut.. :)
see u next year afiq..
Haikal menerima hadiah tempat pertama dari pengetua tadika... untuk 4 years..
Haikal No.1 (tengah), anis No. 2 (kiri) dan Batrisya No.3 (kanan) sedang bergambar dengan hadiah masing2..
Kari Sembilang sambil tengok bola....
Assalamualaikum...
apa kena mengena kari sembilang ngan tengok bola kan... hmmmm tu la yang terjadi, semalam balik je keje, dah la singgah pasaraya gi beli stok lauk pulak... so kali ni sambil dating ngan en.abg.. sbb skrg ni en.abg balik keje tak yah nak terus gi amik haikal kat tadika.. sbb dah cuti sekolah, jadi haikal dok umah ngan abang ngan kakak je lah.. kan kan.. :) so aku pun fix appoitment la, jumpa en.abg skali kat pasaraya tu.. sambil tengok barang sambil2 jalan berdua2an.. hahahahahahahaha.. lama tak wat camtu, asyik beli barang sorang je kan.. jemuuuuu
Sampai je umah dah kul 7.15pm.. lepas tu sibok masak kari sembilang dulu.. sbb pukul 8.30pm malam tadi akan ada siaran langsung perlawanan bola sepak Harimau Malaya menentang Garuda di perlawanan akhir sukan sea, penentuan pingat emas.. hmmmmm alhamdullillah.. kick kari sembilang yang panas2 pedas ni ngan kick perlawanan bola tu yang makin panas2 tu.. MALAYSIA MENANG.. tu pun dah tak larat nak dok tengok dah.. mana tak nya.. penambahan masa tambahan selamat 30minit lagi lepas tamat perlawanan.. hmmmmm lama gak woooo.. 90 + 30 mnt tambah tendangan penalti sebanyak 5-5 tapi kali ni harimau malaya betul2 menunjukkan taringnya.. Malaysia 5 - Indonesia 4.. yahoooooooo boleh la tido ngan nyenyak malam tadi kan.. ngeh3...
Monday, November 21, 2011
Cream Puff Custard
Cream Puff Custard...
Bahan2nya (untuk 50 biji)250gm tepung gandum + 3 sudu kecil baking powder
200gm butter
500ml air
1 sudu gula
6 biji telur
Bahan2 untuk filling
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung berkrim dlm tin
3 sudu tepung custard
5 sudu besar gula
Cara2nya:-
1- Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai menidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. biarkan sejuk.
2- Pukul telur satu persatu dalam adunan dengan menggunakan mixer.
3- Masukkan adunan sedikit2 dalam piping bag, dan pipekan ke atas dulang pembakar. guna lah nozzle berbetuk bintang atau kesukaan sendiri.
4- Spray doh utk membantu adunan menjadi tinggi, dan bakar dalam oven hingga permukaan puff menjadi perang dengan menggunakan api 180 - 190 darjah selama 25 minit.
5- Guntingkan sedikit bahagian tengah2 puff untuk meletakkan inti..
Filling>>
1- Kacau tepung custard dengan air, masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula, kacau hingga naik wap.
2- Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar sehingga masak. biarkan sejuk dan masukkan inti ini ke dalam cream puff.
SELAMAT MENCUBA.. :)
Cream Custard puff tu aku wat malam tadi.. pagi ni makan untuk breakfast.. boleh la kan tinggal kat anak2 sebab diorang pun dah cuti sekolah.. so dok rumah seharian mesti ada2 je benda nak makan.. kan kan... pagi tadi asben pun makan puff sebagai breakfast, sambil minum air teh O panas yang aku bancuhkan pepagi tadi..
Sunday, November 20, 2011
Sambal si Cumit
Assalamualaikum.. dan selamat berhujung minggu semua....
Tengah hari ni tak banyak masak2.. pagi pagi kuar gi beli stok barang dapur untuk minggu ni...
Hari ni gi Carrefour beli barang dapur, kebetulan hakimi nak cari battery hanphone nya.. so bawa dia skali gi tengok kot2 ada kat carrefour tu.. tapi jenuh mencari, tak de stok dan kena order plak tu. hakimi punya phone ni style lama sket.. tapi oleh kerana complete with tv jadi kimi suka nak pakai gak handphone tu.. :) tak per la.. dia nak guna sendiri wang saku dia.. biar dia kan, asal dia puas hati.. kan kan..
Sambal Si Cumit...ni wat untuk lunch tengah hari tadi,, lamanya tak makan sotong, dah berbulan2 rasanya.. tadi masa jenjalan dlm carrefour tu nampak si cumit ni, terus beli hampir2 sekilo gak.. balik wat sambal abis semua.. tahan la nak makan berulang2 dan makan malam skali nanti.. satu je lauk tengah hari tadi, lepas tu asben wat telur dadar.. ok lah.. mama dah malas nak dok dapur lama2.. nak tengok tv la plak kan.. hehehe..
Resepi sambal tumis si cumit tu mesti semua orang tau buat kan.. so tak payah la nak share kat sini.. saja nak tempek gambar je kasi berseri.. eheh.. nanti petang2 sket nak wat Povlova atau Cream Custard Puff.. kalau rajin.. rasanya ada semua bahan2, cuma tunggu nak wat je lagi..
Sekarang ni pukul 3.40pm, kat puchong ni tengah hujan lebat, angin punya la kuat.. rasanya cam nak masuk tido je.. tapi terbau2 puff custard yang sangat wangi tu.. alahai..
Friday, November 18, 2011
Ayam goreng KFC...
assalamualaikum.....
Selamat malam... esok cuti.. bestnya.. tapi cuti2 pun banyak keje rumah nak kena wat kan.. :)
malam ni makan dinner simple.. goreng ayam KFC je.. makan cicah sos cili je.. nyum nyum... ayam ni pakai tepung goreng kfc original tu je.. beli kotak kecil rm1 lebih, boleh la setakat nak wat goreng 5 ketul ayam ke.. kan.. teringin sangat nak makan kfc malam ni.. kebetulan ada ayam dalam fridge, terus buat lah dan siap je terus makan panas2..
Hari ni pun hujan lagi.. balik keje tadi drift atas h/way kononnya nak cepat sampai rumah.. sbb hari ni kuar awal 1 jam dari opis.. nak gi collect duit rm100 dari sekolah hakimi.. cikgu nya bagi time hari ni boleh amik dari pukul 2.30pm sampai 5.30pm.. aku ni balik keje kul 6pm so kena la balik awal sket utk menyahut seruan kerajaan atas bantuan rm100 tu.. tapi bila sampai kat area sekolah dah pukul 5.30pm pun.. tak sempat.. sebab jalan hujan2 ni bukannya boleh bawa laju2.. so 1/2 jam baru sampai 10km.. nak wat macam mana.. tak sempat kan.. so tunggu la bila2 yang free boleh collect kat pejabat nanti.. tadi buletin utama, dengar TPM cakap, sesapa yg tak collect dalam masa terdekat ni mungkin duit tu akan di pulangkan balik kepada kerajaan.. sesapa yang nak silalah berbuat demikian secepatnya sampai hujung bulan ni.. tapi bergantung pada pengetua dan pihak sekolah.. hmmmm tak per, aku nak kena amik yang sakinah punya juga next monday.. boleh la skali harung amik skali kan.. sekolah pun sebelah2 je..

Resepi ayam goreng KFC
Bahan2nya:-
>>4 ketul ayam di bersih dan ditoskan
>> 1/2 packet tepung goreng kfc brand apa2 pun tak per..
>> sedikit garam
>> sebiji telur putih sahaja
>> minyak utk menggoreng
Cara2nya:-
>>> Ayam di gaul dengan sedikit garam..
>>> kemudian di gaul pula dengan putih telur..
>>> masukkan tepung serbaguna dan gaul rata
>>> panaskan minyak, goreng sehingga ayam masak..
>>> sekian terima kasih..
Thursday, November 17, 2011
Bihun Sup Utara....
Assalamualaikum...
selamat malam semua... macam biasa time apdet dah bertukar ke malam.. jadi malam2 baru ada time nak masuk blog, melawat rumah kawan2 sakalian semua.. :) alhamdullillah..
Tadi lunch time kat opis tadi, kuar gi giant, sebab dah boring sangat nak dok dalam ofis tu.. kuar kejap jamu mata, plus jalan2 cari makan.. tapi tak de la aku beli makan, aku cuma beli barang2 dapur nak masak malam.. so sesambil jalan, sesambil fikir menu apa nak masak.. teringat plak kat bihun utara.. terus beli ayam, sebab bebaru ni dah banyak sangat makan daging kan.. sup daging, masak rendang daging, masak merah daging dan macam2 yang berkenaan daging.. skrg tukar plak.. takkan nak wat bihun sup ikan pulak kan? heheheheheh...
Semua bahan2 complete, balik time terus pecut kete, 70/kmj je.. sbb hujan lebat petang tadi.... hujan2 mana leh bawa laju kan.. biar lambat asal selamat.. ingat orang yang tersayang.. betul tak? hehehe..

Resepi bihun sup tak payah kot nak boh sini kan.. semua pun dah pandai wat.. cuma cili tu aku baru je belajar wat dari kawan aku yang baik hati berkongsi cara2 nak wat sambal merah tu.. biasanya aku menumbuk cili api, boh kicap makan ngan sup.. kali ni nak cuba cili merah plak.. sedappp.. suka suka suka.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)