Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, September 05, 2013

TQ Nufnang & Sambung raya boleh?

Assalamualaikum..


Lama rasa tak check nuffnang ni.. tq banyak-banyak.. sebab masih sudi bersinggah singgah di sini.. walaupun tuan rumah ni agak bizi semenjak dua menjak ni.. :) kan.. and thank you pada kawan-kawan yang sudi menjengah kan diri ye.. :) 


Jom layan gambar raya weOls kat KL pulok... pakai baju raya tu jugak ler.. sbb aku tiap2 kali raya mmg tak banyak beli baju pun... sebelum berangkat ke rumah abang ipar aku (abang mr mama) kat selayang.. :) bergambar dulu sbb time ni mr mama bawa anak2 round naik kete.. tertinggal lah we dua orang.. sebab paling lambat siap kan.. hmmm amikkk... 



me and sakinah... 



Ni adik ipar aku.. rohana.. (adik mr mama).. we dua family berkonvoi ke selayang hari tu.. rohana datang dari shah alam.. :) 



Abang and adik tengah bersembang... 



Sakinah tengah jadi BS.. jaga anak rohana.. and fiyya.. :) anak rohana ni namanya Batrisyia.. umurnya 17 hari tua sikit je dari fiyya, sebab lahir tahun 2012 december.. :) ehehe..



 fiyya and batrisyia..



Haikal and abang Batrisyia.. tengah main game PS2.. :) bersepah bilik ha.. 






ok lah... kejer banyak ni.. nanti sambung k.. assalamualaikum.. 



Wednesday, September 04, 2013

WW: Fiyya :)

Assalamualaikum..

WW kan... so tak payah nak type banyak... citer banyak.. cakap banyak.. cuma tempek gambar banyak-banyak je.. muahahahaha.. :) moh ler layan gambar fiyya yang banyak.. :) 















ok... itu saja untuk hari ni.. :) 

P/S: terima kasih kepada kawan2 yang sudi berkunjung ke sini.. aku akan melawat rumah kawan2 juga.. tapi mintak maaf dulu pada yang aku tak sempat nak jengah.. :) sayang korang ketat ketat.. :) 








Tuesday, September 03, 2013

fiyya dah 8 bulan....

assalamualaikum....

Bersiaran dari corong hp kecik ni... masyaallah, first time kena apdet blog kat sini... semuanya angakara bos dah block segala aktiviti sampingan aku... gara-gara aku mc minggu lepas, demam + sakit urat tu... mem kata sebab aku dia TERpaksa cancel segala appoitment dia... sakit hati aku, sbb aku sakit bukan di buat-buat.. malah ada certh mc dari klinik kerajaan... sungguh tidak di sangka.. dalam diam nampak sudah taringnya... kan...

sms yg mem bagi menunjukkan yg aku tidak berguna di sini... hanya allah tahu betapa aku menjalankan tugas aku dengan saksama... sampai waktu makan sendiri pun aku tak pernah berkira. ... walau pun masih sakit hati di sini, aku terpaksa cekal sampai aku menemui jalannya.... aku bekerja kerana anak-anak dan keluarga.. bukan untuk menjadi balaci pada makhluk itu... kan



moh tengok gambar safiyya.. sekarang ni fiyya dah genap 8 bulan... berat badan 8kg, tinggi sekarang dah 64cm... hmmmm fiyya dah boleh duduk... tapi tak boleh merangkak lagi pun... sekarang fiyya tengah belajar berdiri... 




fiyya dah minum susu botol.. sekarang mama dah tukar susu fiyya lagi, sbb susu anmum tu fiyya tak suka... sekarang fiyya pandai minum susu lactogen... hopefully fiyya leh sesuai dengan susu tersebut... kan....

ok lah... agak janggal sebab susah benor nak apdet blog menerusi corong hp ni... insyaallah, lelama sok boleh biasa... kan...

Thursday, August 29, 2013

Sakit Fizikal and Mental

Assalamualaikum....

Rasanya dah 5 hari tak apdet blog termasuk hari cuti sabtu and ahad.. kebiasaannya aku apdet blog hari keje je.. kat rumah aku jaga anak and sometimes apdet blog... and sometimes no... 

Ada sesapa cari aku tak? 
muahahah...
3 hari aku cuti... sebab on MC.. hari ni baru masuk keje... MC 3 hari mula2 sebab penangan datang MOON... lepas tu sambung lak dangan demam + throat infection.. and aku on antibiotik EES skrg ni for 5 days.. tekak ni still sakit.. badan pun masih bisa2 sakit.. semoga allah memberi keampunan segala dosa2 kecil aku... aminnnnnnn...

ok.. moh jalan... citer pasal anak2 nak hamster... dapat beli hamster area puchong.. sekor rm15.00. and x 2 lah..sekali dengan makanan dia kuaci tu rm7/pek.. hmmm bukan main suka budak2 lelaki 2 orang tu dah dapat pets yang di cari.. :)




Haikal punya hamster betina.. :) kimi lak jantan.. :) tapi more aggresif ialah yg betina ni.. hiperactive.. 



sekejap je dah letak atas tu, merata2 dia merayap.. hmmm cute sangat..


ni waktu haikal pegang dia... siap buka gigi lagi.. 



yang ni lak mr mama yang pegang.. hehehe.. pinjam tangan letak utk amik gambar.. tu pun blur lagi.. sbb hamster tu tak dok diam.. moahahahaha..

ok lah.. nanti kita citer lain ye.. :) 

sekian.. 

Friday, August 23, 2013

1st day try Anmum story & Sambung raya..

Assalamualaikum...

citer pasal anmum semalam kan... balik je keje petang semalam, terus aku gi rumah BS, tanya macam mana fiyya kat rumah dia dengan susu and botol susu baru tu? working ke tak? excited giler nak tahu kan.. nampaknya tak berjalan jugak.. BS geleng pale.. tak nak dia susu mahal tu kak.. kata BS.. nak dedek je.. botol tu dia tak nak pegang pun, dia tengok je.. hmmm alololo cayang mama ni... betul2 pegang pada nan 1 ni.. nak dedek je.. tetap dedek.. ok.. kita cuba lagi 2nd day ni.. camne kan... 

And sambil lalu melintasi taman permainan semalam petang utk masuk ke blok rumah aku, ada beberapa org jiran yang dok verchat kat sana.. sambil lalu tu aku senyum je la.. and sempat gak di sapa jiran2 tu.. yang aku tak suka, aku ni bukan nya tak cuba nak bagi fiyya minum susu botol.. dah berkali2.. and dah bertukar2 botol.. tetap fiyya tak nak gak.. BS pun dah lama bersabar je... tu pun aku dah bersyukur.. walaupun BS ni jenis nak keje cam time cikgu.. (maksudnya cuti skolah dia cuti).. aku agreed sbb ada sakinah bantu aku.. sib baik ada anak dara besar.. kan.. and waktu lain BS ni jaga tanpa alasan pun.. walaupun hari2 fiyya nangis teriak kuat-kuat.. tetap under control lah... mmg aku akur.. fiyya kuat nangis sebab dia tak nak kat orang lain kecuali aku, mr mama, kinah, kimi & haikal.. sedangkan 5 bulan dah dok ngan BS, still tak nak kat BS.. hmmm cer bayangkan.. 

ok lah.. sok cuti.. nak sambung gi raya.. :) moh layan gambar raya day-2 kitorang.. :)




Sakinah with her cousin, cousin sakinah ni dah umur 19 tahun, sekarang tengah belajar kat universiti kat Acheh Indon tu... 



Tengah tunggu yang lain bersiap.. FIL, aku ngan fiyya and kak long.. :) depan rumah FIL.MIL.. 




Bergambar bersama dari kiri, MIL, KakYang (kakak sulong mr mama), aku, fiyya and FIL, depan tu kak long anak kakyang.. :) 



Time ni lak bergambar bersama kat kampung.. Sakinah, Kaklong, Aku, Abg Naza (suami kakyang), Kakyang, MIL, and FIL, kalau korang nampak kat belakang aku and kak long ada Mr mama.. tak cukup ketinggian pulak.. :D


Thursday, August 22, 2013

Beralih ke ANMUM.. ada pendapat tak tentang S-26

Assalamualaikum..

Selamat hari khamis semua.. sini pepagi dah hujan.. tapi cuma hujan rintik-rintik je.. sejuk je... sampai kul 8.25am tadi, anak dara montel lom bangun tido.. isy isy isy... 2 kali mama gi kejut tak bangun, sekali lak mr mama kejut.. pun tak bangun.. so tak mandikan dia pagi  tadi.. terus angkat waktu lena tu ke rumah BS.. sib baik aku tak selalu buat perangai tu.. "tak bagi mandi anak" sebelum ngantor.. seingat dan dalam kiraan aku.. cuma ini kali ke2 dalam 5 bulan fiyya di rumah BS.. aku tak bagi mandi atas keadaan darurat tu.. seboleh2nya aku mmg nak mandikan wangi2, urut2 baby.. main2 baby.. bagi breakfast dedek baby sampai kenyang.. baru gi antor supaya aku sendiri tak ralat bila di tempat keje.. hari ni aku terpaksa bersabar sampai 9 jam untuk balik jumpa fiyya nanti.. :) 

Semalam balik keje, terus terkejor amik fiyya kat rumah BS.. skrg ni tak de harapan nak melencong tempat lain (beli lauk atau etc), kena terus gi rumah BS amik fiyya lepas tu baru boleh buat apa yg kita nak buat.. sebabnya? 9 jam aku kat tempat keje.. 9 jam juga fiyya tak minum susu.. alasan? tak nak susu lain melainkan susu badan.. hmmm sampai camtu skali.. bukan aku tak penah ajar.. since fiyya baby aku dah ajar minum botol.. still tak nak gak.. bertukar2 susu formular sampai kali ni yang ke-6 punya susu.. smlm BS bagi tau dia test bagi susu budak yg dia ngasuh sorang tu.. umur budak tu 1 tahun lebih.. bila test kat fiyya terus fiyya minum.. lepas tu siap tak nak lepaskan.. so apa lagi.. aku sebagai mak kena amik tindakan juga.. dari biar fiyya tak minum susu 9 jam... lebih baik aku ikhtiar untuk kebaikan fiyya, aku dan juga BS supaya BS tak naik hantu bila fiyya ngamok sebab tak tahan kan... kita ni fikir yang baik2 lah.. nak keje.. tanggungjawab untuk membantu suami.. mohon moga allah memberi kesabaran dan memberi keberkatannya.. aminnnn



Susu apa yang aku beli kali ke-6? Anmum step 2.. langkah ke-2 untuk anak yang berusia 6 bulan and above, hopefully it's working to fiyya.. siap dengan botol baru lagi.. versi dedek mama.. hahahahaha.. takde modal nak beli botol susu yang sampai rm55 - 75 sebijik tu tengah2 bulan ni.. so bagi test botol susu versi dedek murah dulu.. bentuk + size puting dah hampir2 tapi tak serupa lah.. muahahahaha..



Susu Anmum tu just only 200g, beli untuk test buat permulaan ni.. dah abis susu murah aku kasi fiyya tak nak minum.. ni dah masuk ke level test susu mahal lak.. kat rack susu smlm aku nampak S-26.. boleh tak kawan2 yang pernah guna S-26 ni bagi tau pendapat kat aku.. macam mana test or penerimaan anak? 

Kena berusaha sbb BOTOL SUSU (aku lah tu) ni dah tak boleh produce banyak susu dalam 1 hari.. cukup cukup untuk malam iaitu 12jam lah kiranya..  sampai ke subuh dah takde pun.. 

hmmm..















Tuesday, August 20, 2013

Layan gambar fiyya Raya ke-2

Assalamualaikum..

Alkisah hari ni kan aku dah kabor awal2 lagi, dateline submit tender kan.. tapi entah apa ribut tofan melanda dlm ofis ni.. habis semua kena tembak berdas2.. sedangkan aku yg ok ni pun terkena peluru sesat skali.. tapi nak wat camne.. dia bos.. kalau aku bos lain la citer.. muahahaha.. sudah2 tak nak gembar gemburkan citer lagi.. semua tu lumrah alam ler kan.. langit tak selalu cerah.. ye dak.. 

Moh layan pics raya.. hari raya ke-2, ni kat rumah adik kat Taiping.. singgah umah dia malam raya tu bermalam kat sana.. ni awal pagi la kiranya.. hujan sangat lah lebat time ni.. nak kuar pun tak leh.. jadi kita dok layan anak2 je.. :)  



Haikal and safiyya.. time ni abang haikal blom mandi.. tapi fiyya cam biasa.. awal2 dah jaga, membuang + mandi skali.. :) so sape wangi?



Sama jugak dengan hakimi.. blom mandi gak.. tapi nak ngedeng2 ngan fiyya.. sabor je fiyya kan.. :) hehe




Safiyya.. skrg ni anak mama dah pandai duduk.. tapi ada juga masa2 tertumbang cam pokok kelapa.. 



Payah nor nak tengok camera.. haiishhh.. gerammm!!



Kasi anak patung kat fiyya.. tengok apa jadi?



Dah.. anak patung kena buliiiiiii... hahahahah!!



yaaa dishhh yaa diisshhh!!! abis la kena buli....



Boring adik buli anak patung tu.. dapat kat abg haikal lak.. hik hik hiks!



Hoyehh... sembur dik.. jangan tak sembur.. abang haikal sangat sayang fiyya.. kan kan.. itu cakap abang haikal time nak amik gambar ni.. :D

Monday, August 19, 2013

Masih di hari raya pertama..

Assalamualaikum..

Hari ni datang keje dengan mood baik.. siap bawa bekal nasi himpit + rendang ayam lagi.. 1 pek tapau kat bos & mem, 1 pek lagi tapau untuk ofismate & wife dia.. kali ke2 aku bagi diorang makan rendang aku untuk raya 2013 ni.. hari tu aku wat.. bagi sikit je.. sbb hanya ada stock ayam 1 ekor, tu pun kecil je sizenya.. kali ni tetap 1 ekor ayam.. tapi size yg besar, hampir 2kg gak sekor ayam tu.. 

Sekarang ni rata-rata pasaraya stock ayam habis di jual.. hari sabtu balik dari open house kat rumah biras&abg ipar kat selayang terus aku singgah tesco bukit puchong tu, kononnya nak cari siap2 ayam lah.. tapi nan ado.. sekor pun tarak.. jadinya tak beli ayam.. hari ahad pulak balik dari beraya kat rumah mak saudara aku area puchong ni, terus gi cari ayam.. malam tadi aku siap wat rendang ayam + nasi himpit. 

Orang lain dah tempek banyak gambar hari raya.. aku masih di hari raya pertama.. ni kitorang nak kuar beraya... tau je la.. kalau dok kampung kan.. asal kita nak kuar angkat kaki je ada org bagi salam nak beraya.. so nak tak nak kena lah terima dulu kunjungan tetamu kan.. sebab tu anak2 siap boleh landing tido dulu baru leh raya dengan senang hati.. :)

Moh layan gambar lagi.. :) 


Baby Fakri (anak kakyong) time ni baby fakri dah hampir 3 bulan.. :) 



Baby Qayyum, 1 tahun genap Qayyum hari raya pertama.. 8/8/13, hepi besday baby comel.. :)



Kakak baby Qayyum, namanya Puteri Aina, 4 tahun sudah.. :) siap henbeg tu.. :) 



Ni lak mama safiyya and safiyya.. snap by haikal.. so baby safiyya ada gerak sikit.. jadi gambar sedikit goyang ye.. :)



Dalam kereta lak.. driver kali ni Abah, jadi mak dok sebelah.. and weOls kat belakang anak beranak.. :) 



Haikal yang sangat sayang ngan safiyya.. :) sampai naik rimah adik dia.. 



Me pulak... snap by haikal.. :) keh keh keh.. !!



Sitter belakang skali.. kinah and hakimi.. :) 2 of them.. seronok sangat nak raya.. :D


Safiyya skrg tak boleh duduk diam dalam kete.. kena layan mulut dia yang kuat menjerit.. 

Hmm.. sampai di sini dulu.. esok insyaALLAH kita sambung lagi.. 


P/S: Esok dateline hantar tender, sedang bertungkus lumus al-masih siapkan tender.. 

Friday, August 16, 2013

Maintain : TAJUK RAYA

Assalamualaikum..

Hari ni bizi yang amat.. almaklumlah.. tender tak siap lagi.. mana yang nak masuk harga.. nak cari catalogue.. bla bla bla.. tengah keep counting cable lagi ha.. giler giler dah bijik mata ni.. hmmm.. ok.. kalau sape yang nak tau.. aku ni keje kat opis yang supply for ELV System.. iaitu supplier untuk PA System, Sound System, Lighting System, Stage Curtain System ka.. CCTV ka.. hmmmm.. kiranya company kitorang ni tangkap tender tak kira University ka.. Skolah ka.. Hotel ka.. Bangunan pansapuri ka.. kondo ka.. hmmm tu la .. alhamdullillah.. tahun 2013, July 1st, genap aku keje 8 tahun dah kat sini.. dari anak 2 sampai skrg anak dah 4.. productive gak kan.. wahahahaha.. psstt.. and yesterday aku dapat letter dari company.. giler syiokk.. agak2nya korang dah tau kot.. kalau aku dapat letter tu.. kalau syiok tu adalah something kan.. kalau tak syiok tu warning letter lah kan.. hehe .. Syukur alhamdullillah.. atas kurniaanmu.. semoga segala pencarian ini mendapat keberkatan mu.. aminn.. :)

Moh layan pics raya pertama weOls kat kampung.. rumah mak aku.. :) 


Bergambar bertiga ngan haikal and mr mama.. :) 



Ni bertiga dengan hakimi lak.. hehe.. nyebok je kimi ni.. tapi nak gak dia bergambar.. sebenarnya dia sangat susah nak senyum bila bergambar tau.. :) 



Mr Mama, Sakinah, Kimi & Haikal.. 4 of them.. mana si kecik fiyya? ape lagi baby besar tu buat selain dari mengereloh.. (kata org kedah) kata buku lak ialah Tidor.. :) 



Dari kiri belakang.. Abah, Mr mama, Abg Li (suami kakyong), Kinah.
Dari kiri depan.. Haikal, Kak cik, Aina and kimi



Haiiiippp!!!! apa diorang ni buat? haikal main api tu.. tak abis2 nak bakar mercun tau..hmm terbakor kang baju melayu tu, melekat kat kulit baru dia tau.. kan.. 



Ni dia anak dara aku lagi sorang.. Safiyya.. dah pakai cantek2 comel2 pagi raya.. dia sambung tido.. lama gak dia tido ni.. dari kul 7 lebih sampai ke pukul 9 lebih.. tunggu dia bangun dulu baru leh gi raya.. 



Shoot lagi.. tengok muka montel dia.. dengan stokin reben2 tu.. alahaiii.. :)

Esok kita gi raya lagi ye.. :)

SELAMAT BERAYA untuk semua.. hati2 di jalan raya.. semoga kita seronok di hari raya.. :)