Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 07, 2011

Mila's Chocolate Giveaway 2011

Saya nak menang Coklat!!!





Sape nak coklat.. jom join.. klik kat SINI

Tarikh tutup: 15 oct 2011

"GiveAway by anis athia"




Nak join jom klik kat SINI

Tarikh tutup: 1/11/2011

Perfumes farm contest



Jalan2 nampak contest perfume kat SINI

Tarikh tutup: 15 oct 2011












* Gambar haikal yang sedang berposing lepas baik shoping.

Contest Handbag Ini Aku Punya

Jalan tadi nampak G.A ni SINI
Tarikh tutup : Hujung bulan ni..

Banner tak de... sape2 nak join klik kat link atas tu ye..

Syarat2nya seperti ini:-

1-  Follow belog INI dan jugak belog ini ---> http://bloggersiput.blogspot.com/

2-  Copy paste entry niey atau syarat2 niey

3-  Buat satu entry pasal contest niey

4-  Tinggalkan url link entry korang kat ruangan komen entry niey

ok.. tarikh tutup akhir bulan ni..

Fantaghirolynn Giveaway

http://fantaghirolynn.blogspot.com/2011/10/fantaghirolynn-giveaway.html



Jalan2 tadi nampak link ni kat SINI
Tarikh tutup: 1 November 2011
Hadiahnya cute sangat... seperti gambar di bawah...


cute kan.. jom la meriahkan G.A tu.. jom jom jom... Fa

Haikal banyak alasan..

Assalamualaikum...
Salam pagi jumaat untuk semua...
Hari ni lambat plak aku sampai opis... pepagi bagi haikal mandi.. kul 8am sepatutnya dia masuk sekolah.. hari ni hari jadual pagi ada PJ.. tapi haikal punya la liat.. lepas mandi nak merajuk.. sbb aku tak buatkan susu sblm bagi dia mandi.. jenuh gak nak memujuk.. bila dah siap pakai baju aku nak bagi dia makan nasi lemak yg en.abg beli time hantar kimi gi sekolah.. tak nak pula haikal tu.. dia request nasi goreng.. tak per la.. buat nasi goreng kat dia dah abis dia makan semangkok nak makan nasi lemak plak.. boleh layan lagi.. bagi dia makan nasi lemak plak.. tapi jam dah pukul 8.10am.. dah abis haikal makan sebungkus nasi lemak dia still ade alasan lagi.. nak makan lagi sebungkus nasi lemak lagi.. uwaarrggghhhh... mama dah lambat.. haikal banyak songeh.. sebenarnya dia nak tengok TV.. pepagi haikal mesti follow HI-5.. 1 jam haikal depan TV.. lepas tu baru nak gerak wat benda lain.. tapi tadi ade citer MEOW.. tak tau tajuk ape.. tapi citer cartoon meow wane hitam.. macam2 alasan dia.. kalau hari cuti tak de plak haikal nak sibok2 tengok TV.. aleh2 kul 8.30am baru bertolak dari rumah.. hantar haikal ke tadika.. then aku sampai tempat keje kul 9.10am.. dah tadi tengah tunggu Que kat trafix light.. ade ambulance.. jalan lak jem.. jenuh susun kete nak bagi jalan kat ambulance tu kan.. ape pun sekejap je la.. atas semua bantuan pemandu2 lain ambulance leh meluncur laju wat pusingan U nak balik ke spital serdang..



PECAL@ GADO-GADO ... tu la nama hidangan kat atas tu kan.. nak watnye senang.. celur semua sayur2 and wat kuah kacang... dah.. siap .. gaul semua sayur ngan kuah kacang time nak makan.. ni antara makanan kegemaran family aku.. klu balik kampung 10 kali.. 8 kali mesti ada wat pecal punya.. lagi2 kat kampung kan.. senang nak dapat bahan2.. jantung pisang ke.. sayur pucuk paku ke.. semua senang.. kalau kat sini nak makan kena beli semuanya.. tapi sesekali nak makan boleh la..

ermmm.. pagi tadi en.abg gi keje tak bawa bekal.. sbb pepagi dah hilang mood sbb dok dengar haikal menangis.. terus dia nak kuar gi keje.. gamaknye kalau aku wat camtu gak.. haikal nak tinggal ngan sape ye.. isy isy isy.. sib baik aku kategori penyabar.. hik hik hik hik... lantak la haikal nangis bukan sakit.. nangis mengada2.. kalau nangis sakit lain lah kan.. nangis mengada2 ni lambat laun dia diam sendiri lah.. tul tak?

Wednesday, October 05, 2011

Jamuan makan2 dengan kawan2 cyber..


COKLAT KEK
(from kak Nuri... thanks akak)



CUCUR UDANG


WANTAN AYAM


KOKTAIL KASTAD


KUAH LAKSA
(mentain dlm peyok lagi)


 
SALAD for LAKSA

LAKSA BASAH


BIHUN GORENG


Dari kiri: Cida, me, pau & kak Nuri,
Depan dari kiri: Farha & Farah


Me & cida (test apple iPad camera)


Haikal with Sarah main game sambil layan sponge bob



para tetamu yang di kasihi sakalian....



Dari kiri: Sofia, Cida & me in da house.....



 Assalamualaikum...
ni nak tempek citer hari sabtu minggu lepas... saja nak kongsi kat sini.. citer makan2 lepas raya.. orang len dah abis makan2 open house... baru aku ada masa nak wat.. kalau idak aku dok ulang alik balik kampung je.. tiap2 minggu bulan syawal mesti muka aku ada kat umah mak.. hahahahah.. tak per la kan.. nak wat camne.. raya je baru free.. kalau tak bizi.. time raya mane leh bos kacau soh keje lebey kan.. eheheheh.. (macam ler banyak sangat aku oT)...

Jamuan makan2 petang ni saja wat.. nak menyempurnakan raya tahun 2011.. kalau idak nak tunggu raya 2012 tak tau ade rezeki ke.. panjang umur ke tak... tu yang wat juga.. kat atas tu antara menu2 yang aku jamu untuk para2 tetamu.. dan yang tetamu2 semua tu adalah member cyber belaka.. semua kenal kat fotopages bertahun2 dulu.. alhamdullillah.. persahabatan kekal sampai sekarang.. insyaallah sampai bila2... kan...

seronok memang seronok.. puas hati bila semua makanan yang di hidang di jamah semua para tetamu.. kira sket je baki nya.. alhamdullillah.. kalau tak habis tak tau sampai bila aku tak yah masak kan.. heheheh..

so start this week dah bleh mulakan balik rutin2 biasa.. sblm2 puasa dulu... boleh la nak diet.. boleh nak control makan.. nak control apa pun dah ok dah.. lepas ni sapa2 yg rasa badan dah bertambah montel tu, leh la kuruskan semula.. (aku la tu)... heheh..



Tuesday, October 04, 2011

Masalah akhirnya selesai....

Assalamualaikum...
Banyak tak ubat haikal? selalu sangat tak sihat... pagi2 setiap hari mesti nak kena amik ubat inhaler wane oren.. malam pun kena amik skali.. maknanya wajib amik hari2 sebanyak 2 kali la.. inhaler wane biru lak in case kalau dia semput.. kira ni dah menjadi sesuatu yg wajib ada walau di mana saja kitorang pegi.. tak kira la.. sekolah ke.. shopping ke.. mandi pantai ke.. gi main beskal pun kena bawa.. lagi2 kalau kat kampung... udara kat kg selalunya lebih nyaman.. tapi kg aku adalah kg tadahan hujan di malaysia.. Taiping la.. mana lagi kan.. banyak bukit bukau.. udara pun segar.. tapi tempat yg paling banyak hujan.. haikal lak tak boleh kalau udara sejuk.. hujan banyak pun tak boleh gak.. panas terlebey pun tak boleh gak.. ermmmm.. ye la, jaga budak sakit mmg camni.. dugaan banyak.. nak kena banyak bersabar.. ni pun haikal dah 4 tahun.. dah 4 tahun gak haikal dok amik ubat2 semua ni.. baru2 ni pasal puasa.. masalahnya haikal baru 4 tahun.. tak per kan kalau tak puasa.. budak kecik2 ni kalau nak puasa pun tunggu la time  besar sket.. darjah 1 ke.. kan kan.. tapi haikal dah sekolah.. kat kindergarden 'sir' cakap bulan puasa tak boleh makan.. tak boleh makan nasi... tak boleh minum.. so? apa budak 4 tahun boleh fikirkan.. otak kan tengah fresh.. bila dengar apa2 yg baru dia akan follow lah.. lagi2 yg bercakap nye org yg dia suka.. haikal suka 'sir'.. sejak kecil haikal suka lelaki.. kalau kat perempuan ni haikal cuma suka barang2 bling bling je.. 'barang mas' .. kalau tak de yg bling bling.. tak lah haikal ngan orang tu.. lebih kurang haikal ni cam gaya IMAWARI dalam citer sin chan tu la.. adik sin chan.. dia suka yg bersinar2 je.. gamaknya dulu aku suka sangat tengok barang kemas kot.. eheheheh.. so nak di jadikan story kat sini, sebulan bulan puasa haikal tak mau amik nasi... siang ke.. malam ke.. semua tak nak makan nasi... dah tu haikal tak nak susu.. cuma nak minum lain selain susu yg dia minum hari2... makan boleh.. selain nasi.. telur ke, roti ke, cucur ke.. tapi NO nasi tau.. 3 minggu di bulan puasa haikal ok.. lepas tu minggu terakhir mula la.. perut haikal dah wat hal.. dua hari sekali mesti nak gi hospital.. sbb haikal selalu muntah2.. kalau makan muntah, minum muntah.. tapi lain pula kalau haikal makan jajan.. selalu haikal mengadu sakit.. perut memulas2 sakit.. mmg sakit cam orang tua lah.. boleh haikal bongkok2 sakit tak leh jalan lagi.. dah berkali2 bawa gi hospital akhirnya 2 minggu lepas raya.. baru doktor kenalpasti.. haikal sebenarnya dah kena gastrik.. ade ke budak kecik kena gastrik? memang la nampak janggal kan.. tapi itu lah yg doktor cakap kat aku.. lepas berulang alik dari hospital berminggu2... akhirnya doktor decide.. haikal mmg kena amik ubat angin.. iaitu syrup MMT (wane putih utk gastrik)...


sekarang ni perut haikal dah mula nampak perubahan.. haikal dah makin sihat.. perut pun dah kurang angin.. haikal dah boleh makan.. hari2  haikal mintak nasi goreng.. hari2 kena goreng nugget kat haikal.. so lepas ni haikal dah boleh main macam budak2 lain.. cuma asthma haikal je.. still on medication.. still kena amik hari2.. wajib sampai ler doktor sahkan nanti yg haikal tak apa-apa..

ni gambar haikal yg terbaru.. ni amik hari ahad lepas.. time ni haikal bergaya depan camera 'ala2 gengster' haikal cakap.. dia nak amik gambar macam gengster.. so... ini lah gengster haikal.. muka sket pun tak macam gengster kan.. haikal dah ceria kembali.. haikal berlari macam kanak2 lain.. haikal bermain, makan, macam dulu2... tak nak sakit lagi ye haikal.. haikal kan budak baik.. haikal makan ubat.. haikal tak payah nangis2.. nanti haikal akan sembuh....
ni kisah caramel... 3 minggu.. 3 kali aku wat caramel telur ni.. yg ni gambar caramel yg aku wat sblm bertolak balik KL minggu lepas... saja2 wat.. sbb banyak telur.. ada bahan.. so apa lagi.. jadi la.. caramel telur yang sangat marvelous... time ni nak cepat.. wat pun express laju je.. godek ngan senduk je pun.. caramel nampak lubang2 tu.. kenapa ek? agaknye terlebih susu ke? atau aku godek guna senduk? any idea.. aku tak pasti kenapa.. tapi 2 hari lepas wat caramel lagi.. cuba godek lagi ngan senduk.. tapi tak jadi lak camni.. elok plak.. tak de lubang2.. mmmmmmmm.... atau api kukus aku guna tu tak cukup kuat? atau terlebey perlahan... mmmm semua ni aku sangsi..

ni la gambar caramel yang aku wat 2 hari lepas.. bila potong tu tak de lak nampak biji berlubang kat hirisan tu... kan..

Thursday, September 29, 2011

Minta bantuan sesapa yg mahir sket...

Assalamualaikum....

Mula2 skali nak cakap.. aku tengah bengang sket.. pasal apa? ni dah tahap mandatori dah.. sket lagi nak hukum pancung... mana tak nye.. dah 2 hari aku nak apload blog.. nak masukkan gambar tapi tak bleh2.. macam mana? apa salahnya? silap tang mana? nak wat lagu mana? ada apa2 solution tak? Boleh tak sesapa yg BOLEH tolong aku tak?

1- Aku gi insert image
2- Choose files
3- Cari gambar kan?
4- Klik gambar
5- TAPI TAK KUAR PUN APA2.... kenapa?


Wednesday, September 21, 2011

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana.....


Tadi jalan2 ternampak GA yang di anjurkan oleh tuan rumah SINI
tarikh akhir penyertaan tak salah ler 22hb Sept 2011..
Syarat2 kena tulis cogan kata..
(alahaiii.. selalu aku fail kalau sambungkan cogan kata ni huhuhu)

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana sekiranya saya mendapat hadiah ini, saya akan menghadiahkan kepada mak tersayang kerana jasa baik beliau dapat mendidik saya supaya dapat mengaji dan mempelajari al-quran dengan lebih mendalam, abah pula sebagai tok guru mendengar sebutan2, di samping rotan di tangan. Hanya ini yang  dapat membantu mak kerana mata mak dah kurang jelas bila mak nak baca al-quran. Kesian mak kerana membesarkan saya dan adik beradik lain sampai mata mak dah kelabu, saya nak yang terbaik untuk mak, supaya mak dapat menjalankan ibadah haji dengan lebih sempurna di tahun akan datang, insyaALLAH.. mak&abah yang semakin hari semakin meningkat umur, semakin hari semakin kurang jelas pandangan mata.. semakin hari semakin kurang daya tenaga.. walaupun begitu, mak tetap gigih membaca al-quran walaupun mata mak dah kurang jelas.. mak tetap duduk di sejadah menghabiskan sisa2 malam dengan menenangkan hati di atas sejadah.. mak&abah adalah kesayanganku..  Takkan aku lupa jasa serta tanggongjawab mak&abah mendidik aku tentang agama.. sekarang tanggongjawab aku pula mendidik anak2 dengan penuh didikan agama.. moga allah memberi keberkatan untuk aku dan anak-anak.. jasa mak&abah tetap ku julang setinggi-tinggi.. inilah niat suci murni dari seorang yang bernama anak..