Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Hari Penyampaian Hadiah Tadika - Haikal

 Assalamualaikum..

Hari ni apdet pasal Hari Penyampaian Hadiah tadika haikal, yang di buat pada sabtu malam 19/11/2011 lepas.. alhamdullillah, haikal mendapat  tempat pertama untuk 4 years, dan malam tersebut berlangsungnya acara menyampai kan hadiah dan juga sijil2 kepada pelajar..


detik2 nak menghantar haikal ke sekolah tadika mula2 dulu mmg amat lah susah, dan agak payah nak lupa kan dari ingatan.. mula2 awal tahun, setiap hari terpaksa berdukong haikal dan bagi kepada sir (guru lelaki) yang mengajar haikal, mama pergi keje dengan perasaan sedey kerana terpaksa memaksa haikal bersekolah walaupun haikal baru umur 4 tahun.. sebenarnya mama nak haikal cepat  pandai,,,, mama nak latih haikal dari awal mengenal alam persekolahan.. hari2 selama 6 bulan mama datang keje lewat, sebab haikal tak nak di tinggalkan.. setelah habis cuti penggal bulan 6, baru haikal nak turun kereta sendiri, baru haikal nak masuk pintu pagar sekolah sendiri tanpa di temani mama.. alhamdullillah.. kuasa allah.. haikal dah mula ada minat nak pegi sekolah.. masa peperiksaan pertengahan tahun, haikal dapat no.2 dalam kelas.. dan haikal menangis sebab tak nak angka 2 yang dikatakan tu.. haikal merengek2 nak no.1 gak.. camne nak wat.. tak kan suka2 nak bagi haikal no.1 sedangkan haikal no.2... kan kan.. 
Akhirnya peperiksaan akhir pada minggu ke2 terakhir tamatnya sesi persekolahan tahun 2011, akhirnya haikal mendapat no.1.. tercapai juga hasrat haikal nak dapat no.1.. hepi sangat haikal bila dapat no.1.. macam la paham sangat kan apa yg ada pada angka 1 tu kan.. hmmmm ni la baru namanya kecil2 cili api kan.. eheheh.. 
 
Gambar haikal di ambil 
 masa tengah bermain di playground kat tadika... 





Haikal bergambar kenangan (4 years) 2011 sebelum upacara bermula.. :)





Gambar haikal dan kawan2 4 years sedang membuat persembahan lagu fasyen show sebelum upacara penyampaian hadiah...

 


Haikal dan sahabatnya Afiq, bergambar kenangan sblm majlis perpisahan pada malam tersebut.. :) 
 see u next year afiq.. 

 



Haikal menerima hadiah tempat pertama dari pengetua tadika... untuk 4 years.. 

 

Haikal No.1 (tengah), anis No. 2 (kiri) dan Batrisya No.3 (kanan) sedang bergambar dengan hadiah masing2..



Kari Sembilang sambil tengok bola....


Assalamualaikum...

apa kena mengena kari sembilang ngan tengok bola kan... hmmmm tu la yang terjadi, semalam balik je keje, dah la singgah pasaraya gi beli stok lauk pulak... so kali ni sambil dating ngan en.abg.. sbb skrg ni en.abg balik keje tak yah nak terus gi amik haikal kat tadika.. sbb dah cuti sekolah, jadi haikal dok umah ngan abang ngan kakak je lah.. kan kan.. :) so aku pun fix appoitment la, jumpa en.abg skali kat pasaraya tu.. sambil tengok barang sambil2 jalan berdua2an.. hahahahahahahaha.. lama tak wat camtu, asyik beli barang sorang je kan.. jemuuuuu

Sampai je umah dah kul 7.15pm.. lepas tu sibok masak kari sembilang dulu.. sbb pukul 8.30pm malam tadi akan ada siaran langsung perlawanan bola sepak Harimau Malaya menentang Garuda di perlawanan akhir sukan sea, penentuan pingat emas.. hmmmmm alhamdullillah.. kick kari sembilang yang panas2 pedas ni ngan kick perlawanan bola tu yang makin panas2 tu.. MALAYSIA MENANG.. tu pun dah tak larat nak dok tengok dah.. mana tak nya.. penambahan masa tambahan selamat 30minit lagi lepas tamat perlawanan.. hmmmmm lama gak woooo.. 90 + 30 mnt tambah tendangan penalti sebanyak 5-5 tapi kali ni harimau malaya betul2 menunjukkan taringnya.. Malaysia 5 - Indonesia 4.. yahoooooooo boleh la tido ngan nyenyak malam tadi kan.. ngeh3...

Monday, November 21, 2011

Cream Puff Custard



Cream Puff Custard...
Bahan2nya (untuk 50 biji)

250gm tepung gandum + 3 sudu kecil baking powder
200gm butter
500ml air
1 sudu gula
6 biji telur

Bahan2 untuk filling
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung berkrim dlm tin
3 sudu tepung custard
5 sudu besar gula


Cara2nya:-

1-   Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai menidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. biarkan sejuk.

2-   Pukul telur satu persatu dalam adunan dengan menggunakan mixer.

3-   Masukkan adunan sedikit2 dalam piping bag, dan pipekan ke atas dulang pembakar. guna lah nozzle berbetuk bintang atau kesukaan sendiri.

4-   Spray doh utk membantu adunan menjadi tinggi, dan bakar dalam oven hingga permukaan puff menjadi perang dengan menggunakan api 180 - 190 darjah selama 25 minit.

5-  Guntingkan sedikit bahagian tengah2 puff untuk meletakkan inti..


Filling>>

1-   Kacau tepung custard dengan air, masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula, kacau hingga naik wap.

2-   Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar sehingga masak. biarkan sejuk dan masukkan inti ini ke dalam cream puff.


SELAMAT MENCUBA.. :)


Cream Custard puff tu aku wat malam tadi.. pagi ni makan untuk breakfast.. boleh la kan tinggal kat anak2 sebab diorang pun dah cuti sekolah.. so dok rumah seharian mesti ada2 je benda nak makan.. kan kan... pagi tadi asben pun makan puff sebagai breakfast, sambil minum air teh O panas yang aku bancuhkan pepagi tadi..

Sunday, November 20, 2011

Sambal si Cumit


Assalamualaikum.. dan selamat berhujung minggu semua....

Tengah hari ni tak banyak masak2.. pagi pagi kuar gi beli stok barang dapur untuk minggu ni...
Hari ni gi Carrefour beli barang dapur, kebetulan hakimi nak cari battery hanphone nya.. so bawa dia skali gi tengok kot2 ada kat carrefour tu.. tapi jenuh mencari, tak de stok dan kena order plak tu. hakimi punya phone ni style lama sket.. tapi oleh kerana complete with tv jadi kimi suka nak pakai gak handphone tu.. :) tak per la.. dia nak guna sendiri wang saku dia.. biar dia kan, asal dia puas hati.. kan kan..









 
Sambal Si Cumit...ni wat untuk lunch tengah hari tadi,, lamanya tak makan sotong, dah berbulan2 rasanya.. tadi masa jenjalan dlm carrefour tu nampak si cumit ni, terus beli hampir2 sekilo gak.. balik wat sambal abis semua.. tahan la nak makan berulang2 dan makan malam skali nanti.. satu je lauk tengah hari tadi, lepas tu asben wat telur dadar.. ok lah.. mama dah malas nak dok dapur lama2.. nak tengok tv la plak kan.. hehehe..


Resepi sambal tumis si cumit tu mesti semua orang tau buat kan.. so tak payah la nak share kat sini.. saja nak tempek gambar je kasi berseri.. eheh.. nanti petang2 sket nak wat Povlova atau Cream Custard Puff.. kalau rajin.. rasanya ada semua bahan2, cuma tunggu nak wat je lagi..
Sekarang ni pukul 3.40pm, kat puchong ni tengah hujan lebat, angin punya la kuat.. rasanya cam nak masuk tido je.. tapi terbau2 puff custard yang sangat wangi tu.. alahai..

Friday, November 18, 2011

Ayam goreng KFC...


assalamualaikum.....


Selamat malam... esok cuti.. bestnya.. tapi cuti2 pun banyak keje rumah nak kena wat kan.. :)
malam ni makan dinner simple.. goreng ayam KFC je.. makan cicah sos cili je.. nyum nyum... ayam ni pakai tepung goreng kfc original tu je.. beli kotak kecil rm1 lebih, boleh la setakat nak wat goreng 5 ketul ayam ke.. kan.. teringin sangat nak makan kfc malam ni.. kebetulan ada ayam dalam fridge, terus buat lah dan siap je terus makan panas2..

Hari ni pun hujan lagi.. balik keje tadi drift atas h/way kononnya nak cepat sampai rumah.. sbb hari ni kuar awal 1 jam dari opis.. nak gi collect duit rm100 dari sekolah hakimi.. cikgu nya bagi time hari ni boleh amik dari pukul 2.30pm sampai 5.30pm.. aku ni balik keje kul 6pm so kena la balik awal sket utk menyahut seruan kerajaan atas bantuan rm100 tu.. tapi bila sampai kat area sekolah dah pukul 5.30pm pun.. tak sempat.. sebab jalan hujan2 ni bukannya boleh bawa laju2.. so 1/2 jam baru sampai 10km.. nak wat macam mana.. tak sempat kan.. so tunggu la bila2 yang free boleh collect kat pejabat  nanti.. tadi buletin utama, dengar TPM cakap, sesapa yg tak collect dalam masa terdekat ni mungkin duit tu akan di pulangkan balik kepada kerajaan.. sesapa yang nak silalah berbuat demikian secepatnya sampai hujung bulan ni.. tapi bergantung pada pengetua dan pihak sekolah.. hmmmm tak per, aku nak kena amik yang sakinah punya juga next monday.. boleh la skali harung amik skali kan.. sekolah pun sebelah2 je..




Resepi ayam goreng KFC

Bahan2nya:-
>>4 ketul ayam di bersih dan ditoskan
>> 1/2 packet tepung goreng kfc brand apa2 pun tak per..
>> sedikit garam
>> sebiji telur putih sahaja
>> minyak utk menggoreng

Cara2nya:-
>>> Ayam di gaul dengan sedikit garam..
>>> kemudian di gaul pula dengan putih telur..
>>> masukkan tepung serbaguna dan gaul rata
>>> panaskan minyak, goreng sehingga ayam masak..
>>> sekian terima kasih..

Thursday, November 17, 2011

Bihun Sup Utara....


Assalamualaikum...

selamat malam semua... macam biasa time apdet dah bertukar ke malam.. jadi malam2 baru ada time nak masuk blog, melawat rumah kawan2 sakalian semua.. :) alhamdullillah..

Tadi lunch time kat opis tadi, kuar gi giant, sebab dah boring sangat nak dok dalam ofis tu.. kuar kejap jamu mata, plus jalan2 cari makan.. tapi tak de la aku beli makan, aku cuma beli barang2 dapur nak masak malam.. so sesambil jalan, sesambil fikir menu apa nak masak.. teringat plak kat bihun utara.. terus beli ayam, sebab bebaru ni dah banyak sangat makan daging kan.. sup daging, masak rendang daging, masak merah daging dan macam2 yang berkenaan daging.. skrg tukar plak.. takkan nak wat bihun sup ikan pulak kan? heheheheheh...

Semua bahan2 complete, balik time terus pecut kete, 70/kmj je.. sbb hujan lebat petang tadi.... hujan2 mana leh bawa laju kan.. biar lambat asal selamat.. ingat orang yang tersayang.. betul tak? hehehe..





Resepi bihun sup tak payah kot nak boh sini kan.. semua pun dah pandai wat.. cuma cili tu aku baru je belajar wat dari kawan aku yang baik hati berkongsi cara2 nak wat sambal merah tu.. biasanya aku menumbuk cili api, boh kicap makan ngan sup.. kali ni nak cuba cili merah plak.. sedappp.. suka suka suka.. :) 

Wednesday, November 16, 2011

Kek Karamel lagi...



Assalamualaikum...

Kek karamel lagi? haaaaa.. betul tu, malam ni buat kek karamel kali yang ke dua.. hasilnya adunan kek lebih baik, tapi karamel lak tak bape cantek.. hmmmm tapi sib baik sedap nya kekal.. nyumyyy..



Tadi balik keje je, terus singgah pasaraya beli telur ngan baking powder dah abis.. niat dlm hati memang teringin benor nak makan kek karamel ni, hari tu makan macam tak puas, sebab bawa buah tangan bagi kat orang kan.. kali ni nak makan sepuas2 hati sampai licin.. haaa lagi best.. kali ni cuma wat 2 kaler je.. wane asal tak kekalkan, sbb saja suka2 nak wat 2 kaler je.. jimat sabun basuh pinggan nak basuh mangkok ngan sudu.. kakakakakkakaka

Tapi yang bestnya kali ni buat macam dah teror sangat.. within 30 mnt siap adunan 4 step ni.. yang lagi 45 minit kena tunggu lama sebab dok membakor dalam oven tu.. kan kan.. lama betui la.. siap tadi bakor pun dah kul 9 kot.. lepas tu sesambil tengok citer kat tv9 Si Tudung Tweet lakonan Liyana Jasmay yang comey tu, abis aku telan 1 and 1/2 slice kek ni.. ehehhehe.. puas sangat, sbb dah terkenan betul2 nak makan kek ni hari ni.. nasib baik terkenan nak makan kek buatan sendiri memalam kan.. kalau terkenan nak makan kek buatan suami, camne citer plak kan? hahahah sendiri mau ingat lah..

Tuesday, November 15, 2011

Tolong ajarkan saya boleh?


Assalamualaikum...

Malam2 baru nak bleh apdet.. siang2 tak berkesempatan langsung.. mintak maaf la ye.. lagi satu nak cakap, pasal blog ni, entah la pasai apa jadi tunggang langgang, dengan blog list hilang, dengan mcm2 benda dah jadi tak keruan.. dalam design tu ada plak blog list, tapi tak display... kenapa ye?
kalau ade sesapa yang arif si la tunjuk ajar saya yang tak brapa pandai ni.. :) ye..

Itu mintak tolong yang pertama... pasal blog list  hilang kat sidebar tu.. yang kedua pun nak mintak tolong gak..














nak mintak tolong pada sesapa yang pakar juga.. macam mana nak buat popiah bagi dia tahan rangup? hmmm.. dah banyak kali aku buat popiah, tapi bila popiah tu dah siap goreng, dah sejuk, sure popiah tu lebik tang tengah... apa pasal gamaknye ye? jenuh gak memikiorkan.. tapi still tak tau apa pasal.. sila lah bagi tau saya yang kurang pandai buat kuih kegemaran sendiri ni.. eheheh.. ni gambar popiah kat atas, aku beli, bukan buat sendiri,, kalau buat sendiri tak jadi gak kot, ni beli kat baazar rakyat setiap malam selasa.. 4 pcs for rm2.00... kalau kat pasar malam 5 pcs for rm3.00.. hmmm ape pun tadi jenjalan kat baazar rakyat lepas maghrib tadi, terjumpa gerai jual popiah ni, terus singgah beli, dari balik rumah dok teringat kat popiah tu kan, baik beli siap2,, get ready awal2 walaupun keinginan nak makan malam2 popiah ni amat lah tipis skali dlm waktu2 gini.. kalau pepagi ke.. tea time ke, nak gak berselera kan.. eheheh.. memacam lah, banyak songeh betul kan.. dah ada tak ingin, kalau tak de pulak mencari-cari.. eheh.. ok lah.. sampai di sini dulu.. sekian.. Good Night semua.. :)

Monday, November 14, 2011

Makan BBQ pula...



Assalamualaikum...

Citer makan BBQ pula.. ni pepagi hari sabtu punya..  hakimi bangun tido, kata nak makan lamb chop... nak buat BBQ bagai.. hmmm.. memandangkan dlm peti sejuk pun ada daging kurban lagi.. ada ayam sikit.. buleh la.. nak wat untuk makan anak beranak.. budak tekak tak selera ni mmg nak makan macam2 kan.. so perapkan ngan sos BBQ dan sos lada hitam.. kira2 1/2 jam je.. lepas tu bakar dlm oven.. sebelum tu sapu dulu butter kat dulang pembakar.. baru lah bakar.. time bakar tu sedap nye bau.. dah siap bakar ayam dan daging tu, aku goreng skit sayur campur.. baru leh makan BBQ yang seimbang kan.. ehehe.. eeellleeh.. tak makan nasi konon.. tapi betul lah, kitorang tak amik nasi pun tengah hari tu, dinner kitorang baru amik nasi, dlm pukul 7pm camtu.. kira orait la kan... baru la anak dan asben tahu camne aku dok mendiet sblm2 ni kan.. :D ehehe..


Ok.. tu saja citer untuk hari ni.. balik keje sampai skrg waktu aku apdet blog ni.. 9.40pm.. still hujan tak berhenti2.. sejuk jangan kiralah.. macam dok korea dah ni.. silap2 nanti malaysia pun bleh turun salji kan.. :) ehehehe.. ok.. rojer and out.. selamat malam semua...

Sunday, November 13, 2011

Kentang Wedges & Sambal Gesek...


Assalamualaikum...
ni budak kat atas ni.. sampai camtu skali bila dia dah jumpa laptop, mengadap laptop main game sampai tak sedar2 diri.. time ni hujan tengah lebat, tambah2 plak sejuk, tapi dia boleh wat don no je main ngan cuma memakai suar d**** je.. tak senonoh tol kan.. ehehe.. 

Kitorang balik dari melawat MIL & FIL kat shah alam dalam pukul 4.30 petang tadi.. time kat rumah adik di Bukit Bandaraya Shah Alam tadi bukan main gelap lagi,, so tak bleh la nak merewang2 lagi, kena terus balik rumah lah.. almaklumlah.. nak angkat baju kat ampaian kan.. nanti dah kena hujan kena basuh skali lagi,, buang fab and buang karen je.. so terus la balik, OTW tadi pun dah hujan, sepanjang jalan sampai ke rumah... tapi kat puchong tak de selebat2 nya macam kat shah alam tu.. nasib baik kain tak basah, sebab balkoni tu hari ni hujan tak tempias plak.. angin dah tiup ke arah lain.. alhamdullillah.. sempat angkat kain baju semua.. dok sat dalam hujan2 tu teringat nak makan benda ni plak.. 



Dah lepas minum petang, tiba2 hakimi request yang ni lak.. 



'



'




'

jeng jeng jeng...

hakimi request sambal gesek... budak ni baru baik demam, so macam2 la dia nak makan... dia kata terasa macam nak makan pedas2 skit tekak nya tu.. so apa lagi.. mama yang baik hati ni terus la bangun ke dapur watkan utk anak tersayang kan.. dinner malam ni, sambal gesek, ikan bilis goreng ngan nasi panas je.. tu je yang hakimi mintak.. senang keje mama.. menu yang ringkas je.. kan.. :) eheheheh..